願い事 (negaigoto): wishes

Pada Isnin lepas (Tanabata no hi), di Kobato Youchien diadakan Tanabata Oyuugikai (Tanabata Concert) dari pukul 9:40 pagi. Hanya mama yang pergi melihat persembahan Zakwan. Setiap kelas akan membuat persembahan nyanyian dan tarian. Untuk tarian diasingkan persembahan oleh murid2 lelaki dan perempuan. Kali ini Zakwan menyanyikan lagu くじらのとけい (Kujira no tokei: Whale’s clock) dan tarian 100点満点ロボコン体操 (100 ten manten robokon taisou: Robocon exercise 100 points full marks). Disebabkan mama pun sibuk, sejurus selepas persembahan oleh Zakwan, mama terus pergi ke lab. Kesian Zakwan kerana tidak dapat bersama sepanjang persembahan kawan2nya.


Sebelum bermula persembahan


Sedang menari robot

Mama sempat melihat 願い事 (negaigoto: wishes) Zakwan. Semua harapan dan cita2 murid2 digantungkan pada pokok buluh yang diletakkan di koridor tadika. Nak tahu apa negaigoto Zakwan?


Negaigoto digantungkan pada pokok buluh


Ini negaigoto Zakwan (ひこうきのパイロットになりたい!!: Mahu menjadi pilot kapalterbang)

Alya pula membawa pulang ke rumah negaigotonya dan dahan buluh dari sekolah. Dan ini negaigoto Alya:


Negaigoto Alya (おいしゃさんになれますように: Mahu menjadi doktor)

Gembira bila melihat anak2 sudah ada cita2 dan berusaha untuk mencapai cita2 mereka. Kami dapat lihat pemilihan cita2 mereka selepas pulang dari Kidzania dan mereka yang pilih sendiri selepas mencuba bekerja sebagai pilot dan doktor walaupun sekejap.

p/s: sebenarnya banyak hal yang berlaku dalam minggu ini, insyaallah akan khabarkan kemudian

-nash-
Vocabulary:
ほどう (hodou) – pavement
ロータリー (rootarii) – roundabout
こうそくどうろ (kousoku douro) – highway
おうだんほどう (oudan hodou) – zebra crossing
しょうかせん (syoukasen) – fire hydrant

Tagged: , ,

2 thoughts on “願い事 (negaigoto): wishes

  1. azie July 11, 2008 at 10:54 am

    hehehe..sib baik zakwan x wish nak jd ultraman…haru dibuatnyer…

  2. nashriza July 11, 2008 at 11:04 am

    azie: hahaha…zarul yang nak jadik ultraman mebius…hahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: