sepetang di akihabara

Semalam pergi ke Akihabara untuk membeli kamera sebagai hadiah harijadi Mama dan membawa Zatul berjalan2 yang juga ingin membeli kamera. Bertolak dari rumah selepas pukul 12:00 tengahari dan cuaca agak panas. Sampai di Akihabara, mencari kamera pilihan kami. Zatul mencari Canon EOS 40D, lens dan beberapa aksesori dan Mama pula memilih Casio EX-S10 (digital kamera yang ternipis dan teringin di dunia). Walaupun cuaca panas, masih ramai orang yang datang samada untuk membeli belah atau berjalan2 sambil “membeli belah di tingkap” (window shopping lah tu..hehe). Untuk anak2 kami membeli kereta remote control untuk Zakwan & Zarul dan mainan puyo-puyo untuk Alya.


depan JR Akihabara station


kereta remote control (Toyota Estima untuk Zakwan dan Honda Stepwagon untuk Zarul) yang perlu di pasang …kira mcm kereta keluaran tamiya yang biasa ada di Malaysia


Casio EX-S10 dan aksesori


nipis dan ringan

p/s: terasa takut2 bila jalan2 di akihabara selepas kes yang lepas

-nash-
Vocabulary:
エイ (ei) – sting-ray
なまず (namazu) – cat-fish
かに (kani) – crab
いか (ika) – cuttlefish
えび (ebi) – prawn

Tagged: ,

9 thoughts on “sepetang di akihabara

  1. HE July 6, 2008 at 9:14 pm

    kane mochi

  2. nashriza July 6, 2008 at 9:17 pm

    he: bukan….adalah sikit2 duit baito etc…dah lama tak bagi hadiah yg ok…asyik kek je..haha

  3. HE July 6, 2008 at 9:37 pm

    hahahaha…tak takut ke sana? EOS 40D set tu berapa?

  4. nashriza July 6, 2008 at 10:52 pm

    he: terasa gak semcm …but polis ramaiiiii….canon eos 40d dgn lense 17-85 IS dalam 150,000 but dpt cah rebat dlm 20,000 dan point 26,000 so….harga jadik 104,000 yen…point tu boleh la beli aksesori etc…

  5. harisu sama July 6, 2008 at 11:18 pm

    fuiyo..byknye kamera…kanemochi..hehe

  6. lina July 6, 2008 at 11:46 pm

    bagus ke Casio EX-S10 tu? Mahal tak? Kamera lebih-lebih tu sedekah lak kat kitaorg. Hehehe

  7. nashriza July 6, 2008 at 11:52 pm

    harisu sama: kami beli satu jela…casio ex-s10 je…sbb yang kami ada tu pun sony cybershot p8 beli 5 tahun lepas..
    lina: yang sony p8 tu alya dah lama mengidam dari kami..hehe…casio ex-s10 tu byk jugak la functionnya ex: smile shot, face detection dll….dan now model paling nipis dan ringan sampaikan nak cari casingnya pun susah…harga asal 34600 yen ..but dapat point dlm 12000 yen…so dlm 22000 yen la…for 10Mpixels…

  8. saharil July 7, 2008 at 9:30 am

    polis ramai ye? mereka expect ada ramai orang gila yang serupa ke?

    rindu jugak nak pergi akihabara lagi. last time kena ikut kerenah nadzri. kali ini nak pergi sorang, tak payah mengekor dia pilih kamera sampai 3 jam. wakakaka.

  9. nashriza July 7, 2008 at 9:54 am

    saharil: mari2…boleh jalan2 sambil menghabiskan yen…huhu..polis mmg ramai la…siap berdiri atas kotak supaya nampak lebih luas kot…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: