tazkirah(1)

Kali ini cuba kita fikir2kan mengenai mematuhi peraturan jalan raya. Artikel ini diambil dari web Saifulislam.com

Hukum Mematuhi Peraturan Jalan Raya
June 24th, 2008 by Abu Saif

“Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?”
“Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?”

Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda.
Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa dalam perjalanan ke Fakulti Pengajian Islam.
Soalan itu pergi dibawa angin. Secara tidak sedar dalam soalan itu, terkandung sesuatu yang rumit dan sulit pada fikiran dan kefahaman manusia antara hukum Syara’ dan hukum alam.

RITUAL TEKSTUAL
Semasa berusrah, kita terus menerus membahaskan tentang erti Islam dan Muslim… bahawa ia adalah suatu daerah yang bermula dengan ketundukan atau istislam, hingga kepada keamanan dan kesejahteraan atau salam. Dalam erti kata yang mudah, Islam dan menjadi Muslim itu memberikan maksud ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT yang menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan bagi kehidupan dunia hingga ke Akhirat.

Hanya dengan tunduk dan mentaati Tuhan… manusia beroleh keamanan.
Lalu kita bahaskan lagi, bahawa ketundukan itu bukan hanya ketundukan manusia. Bahkan seluruh alam ini hakikatnya tunduk dan patuh kepada Penciptanya.

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur” [Al-Nahl 16: 49]

Justeru, terserlah kefahaman kita bahawa hakikatnya seluruh alam ini adalah Muslim… kerana ia tunduk kepada peraturan Penciptanya. Api patuh kepada Tuhan lalu kekal dengan sifatnya yang membakar sebagaimana yang ditentukan. Batu yang dicampak ke atas akan pasti turun ke bawah kerana mematuhi Tuhan yang menentukan hukum graviti sedemikian rupa.
Lalu kita sanggah manusia dengan soalan dari Allah yang memang tertuju untuk menyanggah manusia:

Patutkah mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya mereka dikembalikan? [Aal ‘Imraan 3: 83]

Tatkala seluruh alam bergerak mematuhi hukum Allah ke atas alam, mengapa manusia menyanggahi hukum Allah ke atas manusia? Mengapa manusia durhaka kepada Allah? Enggan patuh kepada syariat-Nya?

Bahawa manusia yang tidak tunduk kepada ketentuan Allah terhadap mereka adalah manusia durhaka. Merekalah ‘makhluk asing’ di alam ini. Mereka kufur di tengah-tengah ketaatan sekalian alam kepada Tuan mereka.

Tetapi…
Andai alam ini dilihat tunduk kepada Allah kerana mematuhi hukum alam, tidakkah manusia juga merupakan sebahagian daripada alam itu sendiri? Bahawa interaksinya dengan alam, dan interaksinya sesama manusia, turut berlegar pada apa yang dinamakan sebagai hukum alam?

Justeru jika manusia Muslim mahu benar-benar menjadi Muslim, cukupkah sekadar dirinya mematuhi hukum wahyu tetapi kemudiannya membelakangkan hukum alam? Sesungguhnya keIslaman seorang Muslim sama sekali tidak akan sempurna, sehingga beliau menyerah diri secara total kepada segala yang diatur dan ditentukan Allah ke atas dirinya.

SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH
Di sinilah rasionalnya saya mengulang penegasan, tentang keperluan memahami dan menghayati konsep Syariatullah dan Sunnatullah. Bahawa untuk seorang Muslim itu sempurna keIslamannya, dia bukan hanya dituntut kepada mematuhi Syariat Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Wahyu, tetapi harus juga mematuhi Sunnah Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Alam. Mematuhi hukum alam (law of nature). Hukum Sunnatullah.

Sekularisma bukan hanya pada mengingkari ‘agama’. Menolak sains itu juga adalah sekular. Sama ada menolak Syariatullah atau pun mendurhakai Sunnatullah. Saintis yang menolak agama, sama sahaja jenayahnya dengan agamawan yang menolak sains!

ISLAM SENTIASA KEDUA-DUANYA
Segala yang termaktub di dalam ajaran Islam, tidak pernah memisahkan di antara hukum Syariatullah dan Sunnatullah.
Makanan bukan sahaja mesti HALALAN malah TAYYIBAN. Halal itu tuntutan Syariatullah, Tayyib itu pula karakter Sunnatullah (Sains). Sembelihan bukan sahaja dilakukan dengan nama Allah, bahkan juga pisau yang diguna mesti tajam. Basmalah itu Syariatullah, pisau tajam pula adalah Sunnatullah.

Langsung kepada usaha Nabi SAW juga, di dalam peperangan dan keamanan, di dalam pentadbiran juga kekeluargaan… pesanan nabawi meliputi aspek-aspek Sunnatullah dan Syariatullah tanpa double standard. Baginda SAW tidak pernah meremehkan Sunnatullah, biar pun ia diterma sebagai asbab.

Hanya sesekali asbab musabbab keluar dari lingkungan Sunnatullah… demi membuktikan kebesaran Allah sebagai Pengatur di sebalik Sunnatullah itu… agar manusia akur pula kepada Syariatullah. Ia disebut sebagai mukjizat… sesuatu yang khariqun lil ‘aadah (menyalahi adat kebiasaan).

PERATURAN JALAN RAYA
Justeru, kepatuhan kita kepada peraturan jalan raya, adalah kepatuhan kita kepada hukum alam yang juga merupakan hukum Allah. Keselamatan di jalan raya bukan hanya pada memulakan perjalanan dengan Basmalah dan doa, bahkan juga pada mematuhi had laju, memandu mengikut peraturan dan mengharamkan diri dari mudarat, mahu pun menjadi pencetus mudarat.

“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa’id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]

Lantas, jika kita meyakini bahawa Islam menjamin keselamatan, manakah yang lebih berTAQWA, di antara menunggang motorsikal dengan helmet, berbanding menunggang motorsikal dengan serban?

Jawapan saya mungkin tidak popular.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

p/s: dah lama tak memandu, mungkin hendak bercuti sempena cuti musim panas (anak2 sahaja) tidak lama lagi

-nash-
Vocabulary:
そらまめ (soramame) – broad bean
だいず (daizu) – soybean
とうもろこし (toumorokoshi) – corn
ピーマン (piiman) – bell pepper
らっかせい (rakkasei) – peanut

Tagged: ,

4 thoughts on “tazkirah(1)

  1. rudy July 4, 2008 at 1:04 pm

    setuju dengan pandangan beliau.

    bro, durian g kat ueno…

  2. nashriza July 4, 2008 at 1:13 pm

    rudy: mmm masih mahal…last time pernah jumpa sebijik < 1980 yen…but now dah mahal…tu yg nak tunggu harga runtuh…haha

  3. HE July 4, 2008 at 8:44 pm

    saya beli durian di Shonandai kedai Siam, siap kopek , 1000yen, ok juga…tapi saya lebih buat tempoyak dr makan…

  4. nashriza July 4, 2008 at 9:33 pm

    he: best la ye..sana murah2…sini tak jumpa lagi…wife n kids yg suka…saya tak berapa makan sgt..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: