gindaco

Semalam ada dapat tahu dari Ms. Natasya dari Chiba yang mengatakan Takoyaki di Gindaco tidak halal kerana ada campuran bahan berasaskan babi. Disebabkan kami ini peminat takoyaki dan selalu buat sendiri di rumah. Kekadang anak2 teringin hendak makan yang di kedai. Kami menggunakan sos takoyaki yang dijual di Jusco yang tidak mengandungi sebarang bahan berasaskan babi, lembu atau ayam. Disebabkan ingin mendapatkan kepastian, telah mencari senarai “allergen” dari laman web Gindaco tetapi tiada diletakkan. Oleh itu, telah menghantar e-mail ke Gindaco terus dan mendapat balasan e-mail. Menurut Customer Service di Gindaco, senarai “allergen” akan diletakkan tidak berapa lama lagi. Ada dilampirkan sekali senarai bahan2 yang digunakan dalam pembuatan takoyaki bersama e-mail tersebut. Dari situ, jelas takoyakinya adalah HARAM kerana sos dan “topping”nya mengandungi bahan2 berasaskan ayam dan babi. Jika mahu juga, eloklah pesan takoyaki tanpa diletakkan sebarang “topping”.


takoyaki

Berikut adalah e-mail dari Gindaco:

ナシャルディン 様

築地銀だこお客様相談室です。
お問合せありがとうございます。
また、おほめのお言葉に心から感謝申し上げます。
アレルギー表示につきましては、
現在のところホームページ上に表記しておりませんが、
各店舗にてお問合せいただいた際にお答え致しております。
早速、ナシャルディン様のご意見は、各担当者に伝え、
お客様に安心してお召し上がりいただけますよう、
今後の課題とさせていただきます。
弊社商品たこ焼のカロリー、栄養成分表を添付致しますので、
ご参照いただけますと幸いでございます。
また、ご不明な点やお気付きの点がございましたら、
お気軽にお問合せください。

これからも商品、サービスの向上に一層努力して参りますので、
今後とも築地銀だこをご愛顧賜りますよう宜しくお願い申し上げます。

築地銀だこお客様相談室
0120-87-5577 (受付/平日月-金 10時~17時)

Dan berikut adalah lampiran senarai bahan2 yang digunakan (minta maaf kerana lampiran adalah fail pdf dan jika mahu fail tersebut bolehlah e-mail saya):


senarai bahan2 yang digunakan

Harap dapat sebar2kan kepada yang memerlukan informasi ini.

p/s: selalu buat takoyaki dan okonomiyaki di rumah sahaja, tetapi sekali sekala terliur bila jumpa kedai takoyaki, lepas ni lupakan sahaja la..

-nash-
Vocabulary:
もやし (moyashi) – bean sprout
なす (nasu) – brinjal
きゅうり (kyuuri) – cucumber
トマト (tomato) – tomato
えだまめ (edamame) – edamame

Tagged: ,

9 thoughts on “gindaco

  1. lina July 3, 2008 at 10:20 am

    thanks for the info. Akan beringat kalau ke Jepun selepas ini. Tak pernah makan okonimiyaki di sana sebab bahan itu ada sekali. Boleh belajar dgn Nash kot mcm mana nak masak? :D

  2. mazliza July 3, 2008 at 10:30 am

    kami sekeluarga pun peminat takoyaki. kalau makan dikedai, selalunya tak letak sos, cukup dgn mayonis saja. Ada rakan yg bawa sos buatan sendiri kalau keluar- mana tahu tiba2 teringin nak makan takoyaki yg dijual di kedai…:)

  3. nashriza July 3, 2008 at 10:30 am

    lina: anak2 mmg sukakan okonomiyaki…sbb letak je apa2 nak letak..kira mcm pizza ala jepun..hehe

  4. nashriza July 3, 2008 at 10:31 am

    mazliza: bagusla mcm tu…kat rumah mmg sentiasa ada spare sos takoyaki yg boleh makan…sbb boleh makan dgn karaage etc..

  5. asuhara July 3, 2008 at 3:29 pm

    aisehhh….takoyaki faveret jugak tu… kat mesia ni kat jusco maluri yang best.
    tempat lain, agak keciwa la rasanya…
    akan beringat untuk next trip. thanks nash!

  6. oli July 3, 2008 at 4:49 pm

    salam,
    thanks for the info…
    kalu camtu takoyaki yang dijual di Jaya Jusco malaysia boleh makan tak?
    saya ni saudara baru…
    sos takoyaki yang halal dimakan tu buat sendiri ataupun boleh dibeli?

  7. HE July 3, 2008 at 7:57 pm

    selalunya saya pun memang tidak makan dengan sosnya akalau saya beli, kalau beli pun yang dia bagi sos di dalam paket yang dibubuh sendiri dan sebab saya pernah baca sos takoyaki sahaja yang berkategori was was, yang adunan tepungnya tiada yang meragukan.

    Bagus juga maklumat sebegini, agak lebih terang dan bersuluh.

  8. HE July 3, 2008 at 7:59 pm

    Nash…minta emailakn pdf file tersebut kepada saya…hairieusoff@yahoo.co.uk

  9. nashriza July 3, 2008 at 11:14 pm

    asuhara: mm pasal jusco msia tu tak sure..elok tanya depa kalau dpt or tak payah ambik sos…kat sini pun susah nak dpt sos yg dah tde bahan2 extract ayam, lembu n babi..yg ada cuma satu je kat jusco..
    oli: takoyaki di jusco tak sure…kami guna sos takoyaki yg dijual di jusco sini…n takde bahan2 haram
    he: aah..tepungnya cuma tepung gandum campur telur je…sosnya yang campur mcm2…pdf file sent…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: