nostalgia

Sudah lebih 2 tahun kami berada di negara asing ini. Cuaca di sini pun semakin panas dan hampir sama dengan cuaca dan suhu di Malaysia. Teringat pada kenangan di Bangi. Puas mencari gambar di depan rumah kami dan hasilnya memang tidak ada. Yang ada pun pada tahun 2004 lebih kurang 6 bulan selepas mendiami rumah tersebut. Sejak itu banyak yang telah berubah dan dengar khabar taman perumahan yang baru betul2 di depan rumah kami sedang dibina. Makin sibuklah tempat tinggal kami yang dahulunya dikelilingi kehijauan dan di kala pagi masih ada kabus2. Yang paling seronok berjaga malam untuk menjaga kawasan taman bersama jiran tetangga mengikut giliran walaupun letih pada keesokan harinya. Berjalan keliling taman sehingga waktu embun turun menjaga keselamatan dan keharmonian tetangga. Benar2 rindu suasana begitu kerana jiran tetangga seperti keluarga sendiri dan saling membantu. Pada waktu petang, anak2 bermain bersama anak2 jiran di hadapan rumah dan kami bersantai di bawah pergola.


Hanya < 5 minit dari UKM


di hadapan rumah sebelum ke tadika (anak2) dan KYPM @ KPTM (kami)

p/s: “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok di negeri sendiri” adalah ungkapan yang paling kurasai kini

-nash-
Vocabulary:
パイナップル (painappuru) – pineapple
オレンジ (orenji) – orange
バナナ (banana) – banana
ランブタン (ranbutan) – rambutan
かき (kaki) – persimmon

Tagged: ,

10 thoughts on “nostalgia

  1. sam June 25, 2008 at 8:59 am

    kan……..i miss home too !!! tetiba terasa semalam lepas tgk niece sam attend birthday party cousin2 dia…uwaa..mau pulang !

  2. nashriza June 25, 2008 at 9:38 am

    sam: kami tunggu bulan 12…insyaallah jika takde aral melintang..akan balik jua..huhu

  3. asuhara June 25, 2008 at 12:51 pm

    bersedialah dengan HUJAN-HUJAN BATU di tanahair kita ni yek!

  4. nashriza June 25, 2008 at 1:10 pm

    asuhara: nak kata dah bersedia tu belum la lagi sbb tak dpt bayangkan harga barang naik walaupun baru 2 tahun tak balik msia…but nak buat mcm mana…tanahairku tercinta..muahahaha

  5. sam June 25, 2008 at 2:36 pm

    abang nash, u selalu update ke blog nih? i hari2 bukak u nye fp asyik2 tgk ajisai ingatkan lama tak update…

  6. nashriza June 25, 2008 at 2:37 pm

    sam: kalau cerita saya tulis kat sini…n hanya cerita bergambar je kat fotopages…dah nama pun foto page…huhu

  7. lina June 25, 2008 at 7:39 pm

    tanah air tempat lahir. duduk Malaysia, tempat sendiri. Negara orang tempat orang kan? :-)

  8. nashriza June 25, 2008 at 7:43 pm

    lina: iye…mcm mana seronoknya duduk sini (dengan kemudahan yang ada dll)…teringat juga tempat lahir…

  9. saharil June 26, 2008 at 5:09 pm

    i miss tokyo.. :-P

  10. nashriza June 26, 2008 at 9:52 pm

    saharil: come again…boleh bwk jalan..(kalau free hehehe)….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: