masyarakat penyayang??

Pagi2 semalam dah terkejut dengan artikel di Berita Harian (Laman Utama) mengenai dua keluarga terpaksa tidur di bawah pokok. Kalau betul pun rumah kedua2 keluarga ini patut dirobohkan, pastikan mereka ada tempat untuk berlindung dari panas mentari dan meneruskan kehidupan bersama anak2 dan keluarga. Dan yang paling dasyatnya adakah patut mereka merobohkan rumah tersebut tanpa memberi peluang kepada mereka menyimpan atau mengambil barang2 & harta mereka. Sejak bila negaraku tercinta bertukar ke negara komunis (walaupun negara komunis sekalipun mungkin tidak berbuat sedemikian??). Ataupun suratkhabar menceritakan sebaliknya dari hal sebenar (ini pun perlu difikirkan semula kerana kadang2 unsur politik diselitkan).

Walaubagaimanapun kasihanilah mereka yang sudah sedia dalam kesusahan. Siapakah YB Kepala Batas.?? Orang asing dibelai walaupun masuk ke negara secara haram, orang sebangsa dan seugama dibiarkan merempat di tanahair sendiri.

Ini petikan artikel tersebut dari Berita Harian 23 Jun 2008.

Dua keluarga terpaksa tidur bawah pokok
Oleh Fazallah Pit

KEPALA BATAS: Dua keluarga di Kampung Padang Beka, Pinang Tunggal di sini, terpaksa tidur di bawah pokok bersebelahan runtuhan rumah mereka sejak Rabu lalu selepas kediaman mereka dirobohkan pihak berkuasa.

Nasib malang itu dialami suri rumah, Norhashimah Ishak, 36, dan suaminya, Jalal Amin, 40, bersama tiga anak mereka, Mohd Aizat, 12; Mohd Azri, 11, dan Nurul Atikah, 7, yang tidak bersekolah sejak kejadian itu.

Nasib sama dialami bapa Norhashimah, Ishak Salleh, 65, seorang pesara tentera dan isterinya, Halijah Malim, 58, serta anaknya, Mohd Saiful, 18.

Rumah milik Norhashimah dan bapanya dirobohkan atas perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 2 Jun lalu.

Lantaran tidak memiliki rumah atau tanah lain dan kesempitan wang untuk menyewa, keluarga Norhashimah dan ibu bapanya terpaksa `berumah’ di bawah pokok sebelum mendirikan khemah pagi semalam.

Mereka tidur dengan menyalakan unggun api bagi menghalau nyamuk dan mandi pada awal pagi ketika suasana masih gelap serta bersolat dengan menghampar kain atas rumput sebelum memulakan hari baru dengan mencari serpihan barangan yang masih elok.

Setiap hari sejak kejadian itu, mereka juga mengutip apa saja sisa runtuhan yang boleh dijual di kedai barangan lusuh terutama besi dan kayu demi sesuap nasi.

“Suami cuma kerja kampung. Manalah kami ada duit belanja, apatah lagi menyewa rumah. Mujur ada jiran membantu memberikan makanan,” katanya ketika ditemui semalam.

Norhashimah kesal kerana pihak berkuasa merobohkan rumah mereka seolah-olah mereka penjenayah.

“Sebahagian barangan termasuk perabot dan pakaian tidak sempat diselamatkan. Malah, mereka tidak memberi masa secukupnya untuk mengeluarkan barang. Langsir pun tidak sempat ditanggal,” katanya.

Norhashimah enggan berpindah ke kampung suaminya di Air Itam, Johor kerana mahu menjaga ibu bapanya.

Bapanya, Ishak sudah mendiami kawasan itu sejak 37 tahun lalu dengan membina dangau sebelum membina dua rumah menggunakan wang hasil perkhidmatannya sebagai tentera selama 18 tahun.

p/s: sedih dengan apa yang berlaku di negara sendiri…bukan kerajaan tidak mampu cuma fokusnya sudah menyimpang…

-nash-
Vocabulary:
スターフルーツ (sutaafuruutsu) – starfruit
パパイヤ (papaiya) – papaya
ドリアン (dorian) – durian
マンゴ (mango) – mango
マンゴスチン (mangosuchin) – mangosteen

Tagged: ,

4 thoughts on “masyarakat penyayang??

  1. HE June 24, 2008 at 11:10 am

    Saje nak belasah pak Lah yang tak sedar diri tu ahahahahaahahahha…. YB Kepala Batas…bangun tidoq lawei…

  2. nashriza June 24, 2008 at 11:13 am

    he: tidur yg lena….day dreaming???

  3. waniey June 24, 2008 at 1:57 pm

    ape motif berita ini ye? kenapa tidak diselitkan isi2 tentang kenapa dan apa sebab mahkamah keluarkan arahan supaya rumah2 tersebut diroboh? maaf kalau saya yg terlepas pandang.

  4. nashriza June 24, 2008 at 3:14 pm

    waniey: tula…cerita ni pun tergantung…tak details…cuma yg dihighlight rumah kena roboh n duduk kat parlimen kepala batas..???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: