peluang pekerjaan dan menyambung pelajaran

Sekadar menyampaikan informasi yang diterima dari seorang rakan melalui e-mail. Sesiapa yang berminat bolehlah terus menghubungi pihak yang berkenaan.

A’kum semua,

Minta tlg maklumkan kepada semua rakan rakan tentang perkara dibawah ini terutama kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Masters.
Jika ada pemohon yang berminat diharapkan dapat menghantar CV pada 25 hb Jun 2008, untuk saya majukan kepada pihak Dekan dan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis.

Ahmad Faizal Salleh.
Pengerusi Rancangan
Program Elektronik Bioperubatan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
HP: 0195701430
Pej:049798306
fax: 049798142

————————————————————————————
No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post:06/08 (1196)
Tarikh : 17 Jun 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP

Tawaran Biasiswa Pengajian Sub-Kejuruteraan di Institute of Technology Tallaght Dublin

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa berkat kerjasama dan persefahaman yang telah terjalin di antara Malaysian Technical Universities Malaysia – MTUN (Univ. Tun Hussein Onn Malaysia, Univ. Malaysia Perlis, Univ. Malaysia Pahang dan Univ. Teknikal Malaysia Melaka) dengan gabungan Institutes of Technology Ireland – IOTI (yang dianggotai oleh 13 Institutes of Technology seluruh Ireland), Institute of Technology Tallaght Dublin ingin menawarkan biayaan dan peluang untuk pelajar Malaysia yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat Masters ambilan September 2008 .

3. Tawaran tersebut telah dimaklumkan oleh Dr Ken Carroll (Head of Department, Department of Applied Science, Institute of Technology Tallaght Dublin) kepada Atase Pendidikan di Dublin dalam satu perjumpaan yang turut disertai oleh empat lagi Ketua-Ketua Fakulti yang berkenaan pada petang hari Khamis 12 Jun yang lepas. Perkara yang sama pernah dibayangkan oleh Dr Carroll semasa pertemuan kami dalam Mesyuarat MTUN-IOTI di Hotel Marriott IOI Resort, Putrajaya pada 16 Mei yang lalu.

4. Adalah dimaklumkan bahawa Institute of Technology Tallaght Dublin (ITT Dublin) telah diluluskan geran penyelidikan yang besar. Dalam pelbagai bidang, kajian telah bermula dan akan dimulakan. Namun masih terdapat 13 bidang kajian yang belum dipenuhi. Sila rujuk Lampiran “Tallaght.research opportunities list” untuk maklumat terperinci bidang dan tajuk khusus penyelidikan yang dimaksudkan.

5. Permohonan adalah dipelawa daripada graduan pelbagai bidang kejuruteraan, khususnya daripada MTUN, yang memenuhi syarat-syarat berikut:

• telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda kepujian (minima 2.1)
• bersedia untuk mengikuti pengajian serta MESTI membuat kajian mengikut tajuk-tajuk yang telah diluluskan geran penyelidikan;
• mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
• bersedia memulakan pengajian dalam ambilan September 2008

6. Calon-calon yang berminat, yang memenuhi syarat-syarat di atas dan yang bersedia menjalankan kajian mengikut tajuk spesifik seperti yang dinyatakan , mestilah mengemukakan curriculum vitae (melalui saluruan-saluran tertentu jika terikat dengan MTUN, misalannya) kepada ITT Dublin. Alamat boleh diperolehi dalam lampiran yang sama.

PENTING: Tarikh tutup permohonan ialah 27 Jun 2008 (Jumaat)

7. Calon-calon yang layak akan ditemuduga oleh pihak ITT Dublin, mungkin melalui temuduga telefon. Untuk mendapatkan penjelasan tentang bidang-bidang kajian tersebut, calon yang berminat bolehlah berkomunikasi dengan penyelia setiap projek. Alamat e-mel setiap penyelia juga terkandung dalam lampiran yang sama.

8. ITT Dublin bersedia memperuntukkan elaun sara hidup berjumlah ?1,041.67 sebulan, sepanjang tempoh pengajian kepada setiap calon yang berjaya. Graduan program ini adalah tidak terikat dengan ITT Dublin setelah tamat pengajian. ITT Dublin amat mengharapkan setiap peluang yang ditawarkan dapat dipenuhi, jika tidak geran yang telah diperuntukkan terpaksa dilepaskan.

9. Turut dilampirkan ialah maklumat ringkas tentang bandar Tallaght dan gambaran semasa suasana kehidupan di Tallaght.

10. Demikianlah maklumat yang telah disampaikan kepada saya. Seterusnya, maklumat dan tawaran ini disampaikan untuk makluman Y.Bhg Dato’/Datuk untuk tindakan masing-masing selanjutnya.

11. Perkara diatas telah dibincang dengan Pengarah, Jabatan Penuntut MalaysiaUK & Ireland, dan saya diminta untuk terus menghubungi Y.Bhg Dato’/Datuk/Prof. Madya kerana kekangan masa.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Anand Baharuddin
Atase Pendidikan Dublin Jabatan Penuntut MalaysiaUK & Ireland

Khusna Hawari Ab. Jamil
Secretary for Dean
Centre for International Affairs
Universiti Malaysia Perlis
Tel : +604-9798061
Fax: +604-9798290

p/s: sejak minyak dan barang2 naik harga ni terasa nak duduk di tempat yang barang2 masih murah (kalau di perlis masih terdapat banyak kedai atau gerai yang menjual kuih2 berharga 20 sen sebiji)

-nash-
Vocabulary:
さくらんぼ (sakuranbo) – cherry
もも (momo) – peach
りんご (ringo) – apple
メロン (meron) – melon
みかん (mikan) – mandarin orange

Tagged:

4 thoughts on “peluang pekerjaan dan menyambung pelajaran

  1. HE June 23, 2008 at 9:52 am

    kalau ada yang ke Jepun, best gak kan…

  2. nashriza June 23, 2008 at 10:20 am

    he: ada but univ pilih sendiri…mcm monbusho, panasonic, hitachi…ada je…yg kalau dari univ…mcm dari nagaoka univ of tech…etc…(but tak byk)…then switch ke monbusho gak

  3. Suzana Ghazali June 23, 2008 at 6:44 pm

    Salam

    Sekadar berkunjung. Terima kasih kerana berminat memasukkan artikel blog saya ke blog anda. Menjenguk blog anda, mengingatkan semula pengalaman selama sebulan saya berada di Jepun, sepanjang Mei 1996. Tika itu saya terlibat di dalam program pertukaran pelajar antara Uni. Malaya dan Uni. Soka. Pengalaman yang amat istimewa. Saya belajar Bhs Jepun tapi yang asas sahaja. Dah tak banyak yang saya ingat, nak tulis nama sendiri pun ingat2 lupa. Kalau bukak semula buku nota tu, boleh la. Itulah ilmu fil kutub kan… Nak kena belajar semua ni….hehehe

  4. nashriza June 23, 2008 at 7:22 pm

    suzana: saya dulu di aaj, um..kalau tak saya dpt jugak pergi ikuti program pertukaran pelajar cuma masa tu tak ada passport dan trus tukar ke sesapa yang ada passport kerana kesuntukan masa…mana yang tak betul silalah tinggalkan komen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: