hujan…

Sejak semalam hujan turun dan dijangka akan turun sepanjang minggu depan. Musim untuk memerap di dalam lab..huhu. Hujung minggu pun duduk di rumah sahaja. Semalam sempat ke Akachan Honpo di TOC untuk membeli pakaian anak2 terutama persediaan sebelum bermula “pool season” di sekolah Alya dan Zakwan. Singgah ke Book Off kerana mama dan Alya sedang mengumpul komik “Hana yori dango” dan buku2 untuk Zakwan & Zarul.

Sekarang sedang hujan di luar dan teringat lagu “Rain rain go away” yang biasa dinyanyikan oleh anak2 semasa di Malaysia tetapi bila sudah datang sini lupa semua lagu2 tu. Dan di sini lagu2 Jepun sahaja yang diajar sampaikan Zarul yang belum ke tadika pun sudah diajar oleh Alya dan Zakwan.

Dari youtube:

p/s: kipas dah mula dipasang 24 jam tanpa henti…cuma air-cond sahaja belum mula pasang…

-nash-
Vocabulary:
くだもの (kudamono) – fruit
いちご (ichigo) -strawberry
なし (nashi) – pear
ぶどう (budou) – grape
すいか (suika) – watermelon

Tagged: , ,

9 thoughts on “hujan…

  1. lina June 22, 2008 at 9:01 pm

    kami suka makan nashi & momo. :-)
    musim ke?

  2. nashriza June 22, 2008 at 9:12 pm

    lina: momo dlm bulan 7 dan nashi dalam bulan 9….so tak lama lagi boleh la pergi momo gari or nashi gari…but momo tak boleh makan byk2…kalau budou gari best la…

  3. lina June 22, 2008 at 11:10 pm

    pasal apa momo takleh makan banyak-banyak?
    masih teringat-ingat buah momo yg sgtlah juicy dimakan masa kat Tokyo itu hari. Nyum nyum. Yang ada kat Mesia ni tak syok, kurang jus.
    jeles ar orang tu boleh gi ber”gari-gari” hehehe

  4. nashriza June 22, 2008 at 11:13 pm

    lina: momo cepat muak…lagipun alya tak suka langsung momo…but baunya mmg best ..esp bila fresh kan…kena tgk jugak mamanya larat lagi ke tak masa tu..huhu

  5. HE June 23, 2008 at 9:50 am

    saya pun suka budo dgn ichigo…masa kat ichikawa dulu…puas dah makan nashi…tapi skrg saya nak makan durian la..mcm mana ni..tapi so far kat shonandai ada durian pack dalm 1000 yen

  6. lina June 23, 2008 at 9:58 am

    durian in Japanese apa ye? hehehe

  7. nashriza June 23, 2008 at 10:18 am

    he: kat sini…kamata n jusco kat rumah ni adala jual dlm 2000 yen…sebiji cuma masanya tak selalu ada…but bau mmg takde langsung la..huhu
    lina: durian…tunggu next entri vocab untuk malaysian fruits…hehe…(ada juga ke yg baca vocab list yg saya tulis tu…sbb ingat mcm takde je..huhu)…tq for take note on vocab list…hehe

  8. sam June 25, 2008 at 9:03 am

    hhehehe orang kata durian sini durian Thai, patutlah tak de kick ! mau ikot anda n family g momo gari !! kalau suami saya tak nak ikot, kita tinggalkan dia kat umah, hehehe

  9. nashriza June 25, 2008 at 9:36 am

    sam: yeke…ajak pun tak ikut jugak..huhu…but tgh mencari masa dan wang…haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: