pokok epal dan budak lelaki

Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang melayari blog ini sempena hari Jumaat penghulu segala hari. Sebenarnya sibuk sedikit menganalisa keputusan simulasi.

Dari blog Bersama Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita)

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.” Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak aada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

***Tahukah anda moral di sebalik cerita ini? Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

***Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu. Fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana jika anda juga bersikap sama terhadap ibu bapa anda. HARGAILAH JASA IBU BAPA KITA

p/s: adakah kita masih mengingati kedua ibabapa kita selepas hari ibu dan hari bapa?? Bila berjauhan dengan ibubapa terasa sangat ketiadaan mereka di sisi…insyaallah akan berjumpa

p/s: minta maaf pada sesiapa yang tidak faham apa yang ditulis semalam, tak sempat nak buat versi terjemahan.

-nash-
Vocabulary:
こうえん (kouen) – garden, park
ひまわり (himawari) – sunflower
ブーゲンビリア (buugenbilia) – bougainvillea
ハイビスカス (haibisukasu) – hibiscus
あさがお (asagao) – morning glory

Tagged:

3 thoughts on “pokok epal dan budak lelaki

  1. !x0r@ June 20, 2008 at 1:55 pm

    tak terfikir pulak pokok epal tu sebenarnya ibu bapa kita.. harap2 saya tak jadi spt budak lelaki tu.

  2. nashriza June 20, 2008 at 2:55 pm

    ixora: selalunya kita mudah lupa bila senang….

  3. zarliza May 4, 2009 at 4:36 pm

    ok gak citer ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: