sekolah rendah

Sekolah rendah (elementary school) di sini agak berbeza dari sekolah rendah di Malaysia dari banyak segi. Persekolahan wajib di sini adalah sehingga sekolah menengah rendah (junior high school). Antara yang berbeza adalah:
1. tiada pakaian seragam untuk murid2 sekolah bantuan penuh kerajaan
2. murid2 akan masuk ke sesebuah sekolah mengikut kawasan tempat tinggal tetapi boleh memohon pertukaran ke sekolah rendah lain
3. waktu persekolahan:

  • 8:00-8:15 Berjalan ke sekolah
  • 8:25-8:35 Perhimpunan / “mekimeki time” (mendengar cerita dll)
  • 8:40-9:25 Masa pertama
  • 9:30-10:15 Masa kedua
  • 10:15-10:45 Rehat pagi
  • 10:45-11:30 Masa ketiga
  • 11:35-12:20 Masa keempat
  • 12:20-13:05 Makan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak sekolah (bayaran bulanan) [Alya akan membawa makanan sendiri jika ada menu yang tidak boleh dimakan]
  • 13:05-13:20 Mengemas dan membersihkan kelas
  • 13:20-13:40 Rehat tengahari
  • 13:40-14:25 Masa kelima
  • 14:30-15:15 Masa keenam
  • Jadual waktu Alya berubah2 mengikut hari. Contohnya: Isnin & Rabu sehingga 13:40 dan Selasa, Khamis & Jumaat sehingga pukul 14:45.

4. kantin / kafetaria tidak disediakan di sekolah dan murid2 tidak dibenarkan membawa makanan dari rumah
5. murid2 diWAJIBkan berjalan kaki ke sekolah dari pukul 8:00-8:15 dan jika terlewat ibubapa MESTI menghantar anak masing2 ke sekolah
6. ada aktiviti kelab dan sukan pada hari sabtu tertentu
7. setiap hari tiada kerja rumah untuk setiap mata pelajaran tetapi ada kerja yang perlu dibuat bersama ibubapa dan ibubapa perlu tandatangan pada kertas yang disediakan mengikut minggu. Contohnya: ceritakan apa yang telah dipelajari, membasuh kasut sendiri pada hujung minggu, membuat pembetulan pada buku latihan dll
8. semua buku teks dan buku latihan (dari kementerian pendidikan) adalah percuma termasuk topi dan buzzer keselamatan (dari “city hall”)
9. buku teks dan buku latihan dibahagikan kepada beberapa jilid untuk memudahkan murid2 membawanya ke sekolah. Contohnya: buku teks untuk matapelajaran matematik dibahagikan kepada 3 jilid supaya buku teks menjadi nipis
10. kasut khas (uwabaki) perlu dipakai di dalam bangunan sekolah (kelas, bilik perpustakaan dll) dan kasut biasa untuk kawasan yang lain

Mata pelajaran yang dipelajari: kokugo (bahasa Jepun), sansuu (kira-kira), ongaku (muzik), taiiku (pendidikan jasmani), seikatsu (kemahiran hidup), zuga kousaku (kerastangan)


semasa “entrance ceremony”

Setelah masuk bulan ke-3 Alya bersekolah, semakin seronok Alya pergi ke sekolah. Alya sudah ada beberapa orang kawan baik dan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dengan baik (seperti apa yang telah diberitahu oleh guru kelasnya semasa perjumpaan antara ibubapa dan guru tempoh hari). Alya-chan gambattekudasai.

p/s: terkejut bila tahu tiada kerja rumah untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari.

-nash-
Vocabulary:
ふうせん (fuusen) – balloon
ブランコ (buranko) – swings
シーソー (siisoo) – seesaw
いけ (ike) – pond
たこ (tako) – kite

Tagged: ,

12 thoughts on “sekolah rendah

  1. ksha June 18, 2008 at 9:58 am

    Salam…

    Saya setuju dengan info Nash ni… program di sek lebih menjurus kepada kesinambungan hidup, berbeza dengan di Malasysia.

    Tapi apa2 pun ada kelebihan yg tersendiri kan… bergantung kepada individu..

    Azri di OOE Shogako, tiap2 hari ada shokudai, kokugo @/& sensuu. Azri jugak ikut kelas nihongo yg disediakan oleh Kumamoto-City Hall (Kelas khas utk pelajar2 asing), tiap2 hari Isnin dan Jumaat, selepas waktu sek. Baik juga utk Azri. Semua pelajar 2 asing di dalam kaw Kumamoto dari ichi nensei sampai junior high school perlu ikuti kelas ni, dan kelas dijalan di sek masing2. Bagus juga la.

  2. nashriza June 18, 2008 at 10:07 am

    ksha: hari tu ada sensei tanya nak buat kelas khas untuk alya ke…then kami bagitau terpulanglah pada sensei…sbb dia kata kalau tgkkan alya tu boleh paham n communicate ngn kwn2nya..so last2 tak da kelas tu…kat sini yg tak bestnya…parents kena participate dlm byk acara esp sukan, security etc…for both of us susah sikit nak join sbb dua2 ada research nak kena buat….kalau japanese ok sikit la kot..sbb mak2 tak kerja kan…??

  3. asuhara June 18, 2008 at 5:47 pm

    kalau kembali ke m’sia, alya-chan boleh terus sambung sekolah kat mana2 sekolah di sini ke?

  4. nashriza June 18, 2008 at 7:12 pm

    asuhara: insyaallah boleh…but sbb byk kes yg depa tak boleh nak adapt dengan sensei2 yg “garang” dan suasana sekolah…so maybe nak masukkan ke al-amin or any private school dulu kot..then lepas tu baru ke sekolah kebangsaan kot…???

  5. lina June 18, 2008 at 11:51 pm

    bagus sistem buku sekolah tu, kenapa kita tak buat ye? Yg dulu kecoh-kecoh pasal beban beg sekolah ank-anak murid, siap dgn cadangan utk kanak-kanak ini guna notebook bagai…
    susah pula bila nak balik ke Malaysia dan adapt nanti. teringat sepupu yg dikata bodoh oleh cikgu sebab tak pandai BM setelah bertahun-tahun di US. Hmmm…

  6. nashriza June 19, 2008 at 12:00 am

    lina: tula…bila kami dengar yani dgn anak2nya..kami pun jadik takut gak..sbb kalau anak2 demotivated…susah la nak belajar…

  7. Aina June 19, 2008 at 12:38 am

    I suka sistem sekolah kat sana espeicaly tak ada homework tapi tekankan aktiviti ibubapa dan anak. Dengan cara ni dapat eratkan hubungan ibu bapa dan anak.

  8. nashriza June 19, 2008 at 8:39 am

    lina: yes…secara tidak langsung…ibubapa akan mengambil tahu persekolahan anak2…dan tidak mengharapkan pada sekolah 100%…

  9. saharil June 19, 2008 at 4:08 pm

    ya lah, memang bijak betul membahagi2 buku teks jadi jilid2 tu.
    1) publisher boleh mendapat lebih untung dari jualan lebih dari 1 jilid buku
    2) budak-budak boleh mengurangkan beban menggalas beg ke sekolah

    win-win situation!

  10. nashriza June 19, 2008 at 9:55 pm

    saharil: aku mmg dah lama nak cadangkan…but aku tak kenal any publisher..huhu..kau boleh la …maybe kenal…n tak lah menyusahkan anak2…n mak ayah pun maybe boleh budget beli buku

  11. xara June 24, 2008 at 12:30 pm

    Menarik betul cerita persekolahan di jepun tu. Bila agaknya Malaysia nak buat macam tu? Tak perlulah ikut semua. Dapat kurangkan beban beg sekolah pun dah sangat membantu. Sudahlah buku teks tebal. Belum lagi ditambah dengan buku-buku latihan.

  12. nashriza June 24, 2008 at 12:34 pm

    xara: ye…tak perlu ikut semua…ikut kesesuaian la..cuma idea buku teks tu mmg patut digunapakai sbb kesian anak2 bawak buku byk2 tapi tak semua mukasurat digunakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: