hanya kerana 4 minit

Hari ini bermula perkhidmatan satu lagi keretapi bawah tanah (subway) di Tokyo iaitu Fukutoshin Line yang berwarna cokelat dengan simbol “F”. Bermula dari Shibuya melalui Shinjuku ke Ikebukuro dan seterusnya Wakoushi di Saitama-ken. Dalam siaran berita semalam ada menyatakan dengan menggunakan perkhidmatan keretapi ini, masa perjalanan dapat dijimatkan sebanyak 4 minit dari Shibuya ke Ikebukuro. Sebenarnya ada banyak cara dan perkhidmatan keretapi boleh digunakan untuk ke Ikebukuro dari Shibuya iaitu: JR Yamanote Line, JR Saikyo Line, JR Shonan Shinjuku Line, Jaringan Keretapi Bawah Tanah (perlu bertukar keretapi) dan sebagainya. Orang Jepun sangat mementingkan masa dan sanggup melaburkan wang yang banyak hanya kerana dapat memudahkan pengguna agar dapat menjimatkan masa perjalanan sebanyak 4 minit sahaja. Harga tambang keretapi di sini pun agak murah jika dibandingkan dengan Tube di London, Metro di Paris dan sebagainya. Tetapi bagi saya, keunikan setiap stesen Metro di Paris sangat memukau dengan sentuhan seninya dan Tube di London dengan kedalamannya.

Bagi kita mungkin 4 minit tidak banyak bezanya tetapi bagi orang Jepun 4 minit sangat besar nilainya. Contohnya pada tahun 90-an (semasa masih belajar di Alam Shah), pernah menjadi masalah negara Jepun hanya kerana jadual perjalanan keretapinya selalu lewat 1 minit dan menjadi masalah negara. Perkara itu dibincangkan di dalam Diet (Parlimen jika di Malaysia) dan perkara itu dikenalpasti berlaku kerana pelajar2 perempuan mereka berborak sebelum dan selepas menaiki keretapi (pintu keretapi lambat ditutup).

Ini ada info mengenai Fukutoshin Line (yang masih dalam pembinaan semasa artikel ini ditulis) dari WIKI dan penerangan mengenai Fukutoshin Line di sini:

The Tokyo Metro Fukutoshin Line (東京地下鉄副都心線, Tōkyō Chikatetsu Fukutoshin-sen), formerly known as Tokyo Metro Line 13 (東京地下鉄13号線, Tōkyō Chikatetsu Jūsangō-sen), is a Tokyo Metro subway line currently under construction in Tokyo, Japan. A 3.2 km segment from Kotake-Mukaihara to Ikebukuro, running parallel to the Yūrakuchō Line on separate tracks and known as the Yūrakuchō New Line (有楽町新線, Yūrakuchō Shin-sen), is already in operation.

The section presently under construction will connect to Shinjuku and Shibuya via Zoshigaya, Sendagaya and Meiji Shrine, with service scheduled to start on June 14, 2008. Through services to Kawagoe-shi station on the Tōbu Tōjō Main Line, and Hannō station on the Seibu Ikebukuro Line will be offered. Starting in 2012, the Tōkyū Tōyoko Line will move to share the line’s Shibuya terminus and offer through services on the Minatomirai Line to Motomachi-Chūkagai Station in Yokohama.

Development
Fukutoshin is Japanese for “secondary city center,” and the Fukutoshin Line connects three of Tokyo’s secondary city centers: Ikebukuro, Shinjuku and Shibuya. Presently, only JR East has rail service between the three (on the Yamanote Line, the Saikyō Line and the Shōnan-Shinjuku Line). The new line was conceived to relieve congestion along this busy corridor, and to provide convenient through service between the northwest of Tokyo, the southwest of Tokyo and the city center.

The line was initially planned in 1972 as a run from Shiki, Saitama to Shinjuku, with the possibility of further extension to Shibuya, Shinagawa and Haneda Airport. In 1985, a second Ministry of Transportation committee proposed that the line terminate at Shibuya. Part of the northern end of the original plan line became unnecessary following improvements to the Tōbu Tōjō Main Line and the beginning of through service from the Yūrakuchō Line.

Dan ini peta perjalanan Fukutoshin Line:

p/s: masih mengharap jaringan pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh di Kuala Lumpur dan pastinya ketika itu kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur dapat dikurangkan

-nash-
Vocabulary:
かばん (kaban) – bag
ほん (hon) – book
せっちゃくざい (secchakuzai) – glue
けしごむ (keshigomu) – eraser / rubber
チョーク (chooku) – chalk

Tagged: ,

10 thoughts on “hanya kerana 4 minit

  1. lina June 14, 2008 at 10:37 am

    harap juga sistem pengangkutan yg menyeluruh di KL ni. Kerajaan tak boleh semata-mata menyalahkan orang ramai kerana kurang menggunakan pengangkutan awam kalau ia tidak menyenangkan dan menjimatkan masa pengguna. Walau LRT nak tambah 2 lagi gerabak selepas ini, cukupkah ia utk menampung pengguna yg begitu ramai? Nak dibandingkan dgn gerabak keretai yg panjang berjela di Jepun, LRT, monorail dan komuter kita sgtlah limited capacity nya.

  2. nashriza June 14, 2008 at 10:48 am

    lina: kerajaan perlu melaburkan sejumlah wang dahulu…mcm pada masa awal2 pembinaan plus etc…mungkin tidak dapat cover cost pembinaan masa terdekat ini tetapi untuk anak2, cucu2 kita…kesulitan sekaranga adalah untuk keselesaan masa hadapan…

  3. HE June 14, 2008 at 6:54 pm

    zaman Pak Lah…susahnya nak merealisasikan keretapi ni….semuanya ditangguh…

  4. nashriza June 14, 2008 at 6:58 pm

    he: sepatutnya pemimpin ni kena berpandangan jauh ex: 20 tahun kedepan ke…lepas tu apa yg project dah ada tak perlu lah hentikan ex: jambatan bengkok etc……lepas ni wilayah pembangunan tu..tak tahu lah depa forecast untuk berapa tahun kedepan??? musykil…

  5. asuhara June 15, 2008 at 2:11 pm

    first time tgk peta laluan subway kat tokyo, bepinar2 bijik mata, tapi alhamdulillah 2nd day dah boleh paham semua line2 tu. kalau kat mesia sistem lrtnya, at least pun baik 50% sahaja dr di jepun tu mesti best..x pk byk pasal minyak naik harga sangat…
    p/s: geram jambatan bengkok x jadi.

  6. nashriza June 15, 2008 at 4:16 pm

    asuhara: tula…buat masa ni yg paling penting…on time ikut time schedule dan tambah kekerapan perkhidmatan…ramai la naik kommuter, lrt etc…lepas tu tambah la sikit2 buat line baru etc…ikut budget…bukan nak mintak byk pun…

  7. Abang Long June 15, 2008 at 4:57 pm

    Bila mata memandang ke negara jiran – Singapura. Terasa benar pengangkutan awam disana yang kelihatan begitu canggih dan effisen.

  8. nashriza June 15, 2008 at 5:05 pm

    abang long: yg penting sekarang…gunakan segala aset yang ada semaksimum yang boleh dengan pengurusan yang bijak….ketepatan masa, menambah kekerapan dll

  9. lina June 15, 2008 at 10:18 pm

    dan tidak lupa, penyelenggraan. Kita amat lemah dlm bab maintenance ni. Buat sahaja dan lupa keperluan menjaga aset kita.

  10. nashriza June 15, 2008 at 10:30 pm

    lina: aah…tu mmg penting…esp preventive maintainance….jgn dah rosak baru nak repair…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: