amuk di akihabara (sambungan)

Malam tadi, hampir semua siaran berita di televisyen menyiarkan berita mengenai kes amuk di Akihabara. 3 orang telah dilanggar dengar lori “one box”, 14 orang lagi ditetak dengan pisau “rambo” menjadikan 7 orang mati dan 10 orang yang lain cedera parah dan ringan. Semasa kejadian, orang ramai sedang melintas jalan dan pembunuh memandu lori tersebut dengan laju melanggar 3 orang tadi. Kemudiannya, pembunuh keluar dari lori dan menetak orang yang datang untuk menyelamatkan mangsa yang dilanggar dan orang yang lalu lalang di situ. Mangsa mengatakan yang dia datang ke Akihabara dari Shizuoka untuk membunuh kerana telah bosan dengan kehidupannya dan mahu membunuh sesiapa sahaja.

Banyak analisa mengenai pembunuh telah dibuat secara terperinci, antaranya:
1. Pembunuh telah bertukar2 tempat kerja beberapa kali di beberapa ken (wilayah) dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerja serta rakan sekerja.
2. Pembunuh yang berasal dari Aomori-ken telah tinggal di Shizuoka-ken dan meminati mangga (cartoon) atau anime, ketenteraan dsb.
3. Pembunuh selalu melayari internet terutama laman “bulletin board” menceritakan masalahnya seperti: tidak dapat mencari teman wanita, di dalam keretapi beberapa wanita tidak mahu duduk disebelahnya dsb
4. Disiarkan juga video keselamatan sebuah “military shop” di Fukui-ken yang menunjukkan pembunuh datang ke sana untuk membeli pisau “rambo” dan mengetahui kedai tersebut melalui internet.
5. Rakan sekerja di tempat lamanya menceritakan yang pembunuh pernah menceritakan cerita mangga yang selalu ditonton dan tidak disiarkan di TV (kemungkinan mangga “underground” yang terkenal dikalangan “otaku”)
dan ada banyak lagi analisa yang telah dibuat. Yang pastinya berita mengenai kes ini akan disiarkan sepanjang minggu ini dengan berbagai2 analisa. Kebelakangan ini ada banyak kes yang hampir serupa telah berlaku dan kebanyakkannya membunuh tanpa mengenal mangsa. Dan di dalam berita juga mengatakan kebanyakkan pembunuh hidup dalam dunianya sendiri dan ingin menjadi terkenal tetapi tidak dapat dengan cara yang biasa dan memilih untuk melakukan pembunuhan.

Seperti yang kita telah maklum, kes bunuh diri di Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia dari seawal umur murid2 sekolah rendah sehinggalah yang telah pencen. Masalah mental di sini juga agak tinggi. Adakah ini yang perlu dibayar dengan kecanggihan teknologi yang dikecapi? Banyak yang perlu kita renungkan agar perkara2 seperti ini tidak berlaku di negara Malaysia tercinta. Kemajuan teknologi dan material mestilah seiring dengan kekuatan mental disamping pegangan agama yang kuat untuk melahirkan rakyat yang sihat rohani dan jasmani. Walaupun negara Jepun ini adalah antara negara yang paling aman dan selamat serta kaya dengan kemajuan teknologi, rakyatnya tidak dapat menangkis tekanan kerja dan kehidupan yang amat mencabar. Adakah yang ini kita idam-idamkan? Sudah pasti jawapannya, TIDAK.

p/s: biarlah harga minyak mahal di Malaysia dan tidak sepadan dengan “cost living”nya, terasa aman berada di negara kelahiran sendiri (tiada yang akan memanggil “GAIJIN” lagi)

-nash-
Vocabulary:
ゆび (yubi) – finger
からだ (karada) – body
がっこう (gakkou) – school
ホール (hooru) – hall
しょくどう (syokudou) – canteen

Tagged: ,

3 thoughts on “amuk di akihabara (sambungan)

  1. uMi NaDRaH June 11, 2008 at 12:48 pm

    kalau la video tu ade subtitle..hurmm….

  2. lina June 11, 2008 at 2:23 pm

    kalau balik malaysia, org tak panggil kita gaijin, tapi turn kita pulak panggil org lain – Indon, Bangla, Vietnam. I learn now not to judge harshly org yg dtg carik rezeki di tempat kita, walau kengkadang ada sakit hati juga…

  3. nashriza June 11, 2008 at 6:27 pm

    umi: ada kot news in english kat youtube..but kena cari…hehe
    lina: yes..awal2 balik masa degree dulu tak lah terasa nak panggil indon etc…but lama2 tengok perangai sesetengah depa tu ….kekadang tension gak …hehe..but yang betul2 buat kerja pun ramai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: