amuk di akihabara

Pada tengahari Ahad yang lepas, semasa menonton televisyen, tiba2 muncul berita tergempar mengatakan ada beberapa orang telah dibunuh dan ada yang cedera parah. Kejadian tersebut berlaku di Akihabara tempat yang “mesti” dilawati oleh pelancong yang datang ke Tokyo. Akihabara adalah tempat untuk membeli belah barang2 elektrik yang popular kerana di satu bandar semua kedai2 menjual barangan elektrik dan perkakasan komputer. Kebelakangan ini banyak juga kedai yang menjual barangan anime seperti patung2, kostum dan yang berkaitan dengan anime (khas untuk “Otaku”). Di dalam suratkhabar hari ini juga disiarkan berita mengenai kejadian di Akihabara (dari Berita Harian 10 Mei 2008):

Lelaki beri amaran sebelum amuk

Polis dedah satu mesej dikirim menerusi internet berbunyi ‘Masanya sudah tiba’

TOKYO: Lelaki yang disyaki membunuh tujuh orang dalam kejadian amuk di Tokyo semalam, memberi amaran tindakan yang akan dilakukannya melalui beberapa pesanan yang dikirim ke internet.

Pegawai polis yang enggan mendedahkan namanya berkata satu daripada pesanan itu dikirim penyerang sebelum dia melakukan serangan dan berbunyi… “Masanya sudah tiba.”

Tomohiro Kato 25, yang didakwa merempuh pejalan kaki dengan sebuah trak dan kemudian menikam 17 orang awam di bandar elektronik, Akihabara, menghantar beberapa pesanan di papan notis internet menggunakan telefon bimbitnya.

Pegawai itu bagaimanapun enggan menyatakan pesanan yang dikirim Kato, tetapi laporan berita tempatan berkata pesanan berkenaan, yang dihantar beberapa jam sebelum kejadian, adalah berbentuk ancaman dengan tajuk “Aku akan membunuh orang di Akihabara.”

“Aku mahu membuat rempuhan dengan kenderaan dan jika tidak berjaya, aku akan menggunakan pisau, selamat tinggal semua,” kata satu daripada pesanan itu yang dipetik agensi berita Kyodo.

Agensi berkenaan dalam laporannya berkata, pesanan menakutkan itu diikuti dengan satu lagi pesanan dari Akihabara melalui telefon bimbit yang menyatakan “Masanya sudah tiba.”

Pembunuhan bermula 20 minit kemudian.

Laporan pesanan Kato sekali gus memberi gambaran kepada masyarakat Jepun mengenai cara pemikiran seorang lelaki yang dituduh terbabit dalam serangan maut menggunakan pisau dan kejadian paling kejam pernah berlaku di Tokyo setakat ini.

Pegawai polis itu melaporkan, Kato berkata dia ‘berasa meluat dengan dunia’ tetapi penyiasat masih cuba mencari motif sebenar di sebalik serangan dan punca mengapa lelaki itu memilih Akihabara, serta sama ada dia memang sudah merancang serangan sejak beberapa hari lalu seperti yang dilaporkan.

Ejen perisikan turut memeriksa pangsapurinya di sebuah kawasan yang terletak kira-kira 150 kilometer ke barat daya Tokyo.

Sementara itu, anggota kabinet kerajaan Jepun mengadakan mesyuarat tergempar dengan Perdana Menteri Yasuo Fukuda bagi mencari jalan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam sesak, selain menimbang langkah mengehadkan penggunaan pisau besar seperti yang digunakan dalam kejadian kelmarin.

“Jelas sekali suspek memiliki pisau besar tanpa alasan yang munasabah. Saya rasa kita patut menimbang dengan serius langkah untuk mengehadkan penggunaan senjata seperti itu,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Nobutaka Machimura.

Polis berkata Kato yang dilaporkan bekerja sebagai kakitangan kilang, memandu sebuah trak dan merempuh pejalan kaki di Akihabara yang terkenal dengan barangan elektronik dan kawasan siber bagi remaja Jepun.

Dia kemduian melompat keluar dari trak dan menikam orang awam yang dirempuhnya sebelum mengalih perhatian ke arah mereka yang menyaksikan kejadian itu. – AP

Di Jepun ini, kemudahan internet yang boleh dinikmati oleh semua orang, telah digunakan untuk membuat berbagai perkara yang tidak terfikir oleh kita seperti kejadian ini dan beberapa kejadian sebelum ini. Internet boleh diakses melalui pelbagai media seperti komputer, telefon bimbit, mainan mobil (PSP, Nintendo DS etc) dan lain2. Inilah contoh bila kemajuan yang tidak diiringi dengan pegangan agama yang kuat walaupun negara matahari terbit ini terkenal dengan adat resam dan budaya yang kuat. Tekanan hidup di sini juga adalah sesuatu yang amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di Malaysia. Di sini masyarakatnya HANYA mengejar duniawi semata2, materialistik dan kemajuan teknologi yang belum tentu sesuai dan elok digunakan oleh semua lapisan peringkat umur. Walaupun mata pelajaran moral diajar dari seawal sekolah rendah yang dipanggil 道徳 (doutoku) dan amat jelas agamalah yang berperanan mengajar manusia kearah kehidupan yang lebih bermakna.

p/s: selalu kawan2 menanyakan apakah yang telah agama berikan disepanjang kehidupan saya?, dan jawapan yang agak sukar untuk dihuraikan kerana kepercayaan mereka terhadap agama hampir kosong. Jawapan yang selalu diberikan adalah: setiap benda didunia ini ada pencipta dan siapakah yang mencipta manusia? Adakah manusia boleh mengawal perjalanan hidup mereka?

-nash-
Vocabulary:
おやゆび (oyayubi) – thumb
ひとさしゆび (hitosashiyubi) – index finger
なかゆび (nakayubi) – middle finger
くすりゆび (kusuriyubi) – ring finger
こゆび (koyubi) – little finger

Tagged: ,

12 thoughts on “amuk di akihabara

  1. ahtok June 10, 2008 at 11:41 am

    Gi Jepun best gak kan? Tak pernah gi lagi ni…. Hehehe

  2. nashriza June 10, 2008 at 11:48 am

    ahtok: okla…duit yg dpt tak lah habis ke minyak aje..hehehe..and public transport very efficient…

  3. uMi NaDRaH June 10, 2008 at 12:45 pm

    berita ni sama ke yg gangster mengamuk di jepun tu?

  4. nashriza June 10, 2008 at 1:15 pm

    umi: dlm tv bagitau…bukan gangster…org biasa dan kira pyscho la kot…siap bagitau dlm internet setiap gerak geri….dari apa nak buat (plan) sampai yg last masa nak bunuh org tu…

  5. arsaili June 10, 2008 at 1:56 pm

    salam…bahaya sungguh….kena selalu berhati2

  6. lina June 10, 2008 at 2:17 pm

    seram tengok. hari tu, tengok dlm berita yg kes bunuh di stesen keretapi. kali ini di Akihabara pulak.

  7. ainizakri June 10, 2008 at 2:29 pm

    Nash

    Itulah harga dari “kelebihan teknologi”. Jepun antara negara yang begitu aman dan selamat. Tapi “org2 Jepun” ramai yg “psiko n gila” cara pemikiran dek tekanan kerja mahupun belajar. Sama2 lah kita berhati hati.

  8. nashriza June 10, 2008 at 2:49 pm

    arsaili: insyaallah kami akan lebih berhati2
    lina: ayat yg biasa keluar “asalkan boleh bunuh…siapa2 pun boleh”…takut wooo
    kak aini: semua ini kerana takde pegangan agama…dan semua ikut fikiran manusia yang ada “limit”…

  9. bubur caca June 10, 2008 at 9:19 pm

    nash,

    baru ingat nak jalan2 ke Tokyo cuti musim panas nanti… cuak pulak nak ke Akihabara…

  10. HE June 10, 2008 at 9:56 pm

    diorang dah gila dah kan…student kat okayama pun racun sensei…sebelum tu kat stesyen keretapi…sebelum tu pemuda kat ibaraki..skrg kat Akihabara…penganalilis kata….Akihabara ramai org Islam…sbb itu lelaki tu pergi ke sana…

  11. nashriza June 10, 2008 at 10:29 pm

    he: dlm berita hari ni ..tak kena mengena dgn islam…dia pressure sbb org tak layan dia, kena sabetsu…kira otaku tahap pyscho…

  12. nashriza June 10, 2008 at 10:39 pm

    bubur caca: insyaallah selamat…cuma berhati2 je…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: