laughter is the best medicine (10)

Lawak untuk hari ini:

Materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya. Ketika dia membuka pintu keretanya, sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat.

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, “Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain”

“Kenapa engkau berkata demikian?”, tanya si peguam lelaki itu menjawab.

“Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?”

“Ya Tuhan!!”, jerit si penguamcara tadi dengan kuat.

“Di mana jam tangan Rolex saya?!!”

p/s: Adakah bila minyak makin naik, orang akan bekerja lebih keras untuk menampung perbelanjaan dan pentingkan material daripada kemanusian???

-nash-
Vocabulary:
ひじ (hiji) – elbow
うで (ude) – arm
つめ (tsume) – nail
あし (ashi) – leg
て (te) – hand

Tagged:

5 thoughts on “laughter is the best medicine (10)

  1. azmi June 9, 2008 at 9:33 pm

    hoho~

    jam rolex juga dicarinya..huhu~

  2. nashriza June 9, 2008 at 9:55 pm

    azmi: nyawa sendiri jadi kurang penting..huhu

  3. HE June 10, 2008 at 9:28 am

    kalau kerja dgn kerajaan ..tak leh baito…mcm mana tu…

  4. lina June 10, 2008 at 9:40 am

    hehehe nak wat camne, barang mahal… semua jadik materialistik

  5. nashriza June 10, 2008 at 10:09 am

    he: kalau dah pendapatan tak boleh menampung keperluan harian….makin sengsaralah rakyat semua
    lina: barang mahal kerana mekanisma yang mengawal ada cuma “action” yang tak ada atau kurang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: