hari sukan

Hari ini dari awal pagi sibuk dengan acara Hari Sukan di Senzokuike Elementary School. Acara bermula dari pukul 9:00 pagi dengan perbarisan, taisou (senaman) dan ucapan2. Murid2 dibahagikan hanya kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan putih. Alya adalah ahli kumpulan putih. Pembahagian kepada dua kumpulan ini sejak dari tadika lagi dan tujuannya adalah lebih untuk memupuk semangat kesukanan dan kerja kumpulan. Semua murid akan menyertai acara untuk murid tahun mereka. Acara2 utama adalah:

  • dua acara untuk setiap tahun (acara larian dan pertunjukan atau acara berkumpulan)
  • acara untuk kawasan tempat tinggal murid2 (mengikut kumpulan laluan jalan kaki ke sekolah): tarik tali, oodama wasshoi (mengalih bola besar)
  • acara bersama ibubapa: janken
  • Apa yang menarik adalah sebelum acara bermula kumpulan sorak untuk setiap kumpulan akan membuat persembahan untuk menaikkan semangat kumpulan masing2 dan akhirnya membuat sorakan untuk kumpulan lawan. Ini untuk memupuk semangat kesukanan. Ini ada beberapa foto yang sempat diambil.


    acara larian 45 meter


    menghampiri garisan penamat


    alya memakai topi kumpulan putih (HANYA topi yang “reversible” untuk membezakan kumpulan)


    acara tama ire (masukkan bola dalam jaring)


    sedang berusaha walaupun jaringnya tinggi


    acara kumi taisou (senaman berkumpulan dengan membuat berbagai “formation”)


    acara janken (mama dan anak2 telah menang 7 kad tetapi bukan pemegang kad terbanyak untuk menang hadiah)


    acara oodama wasshoi (menggerakkan bola besar secara berkumpulan mengikut kumpulan jalan kaki ke sekolah)

    Acara dihentikan untuk makan tengahari bersama keluarga masing2. Mama membuat onigiri, bihun goreng dan buah2an. Berselera anak2 makan walaupun cuaca agak panas. Secara tidak langsung acara ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan sesama ibubapa.

    Pada penghujung acara, pengumuman keputusan dibuat oleh ketua kiraan markah yang terdiri dari murid2 sendiri iaitu kemenangan kepada kumpulan merah dengan 195-175 markah. Selepas itu, acara pemberian hadiah untuk kumpulan yang menang dan naib juara (walaupun hanya ada dua kumpulan sahaja). Ini adalah lebih kepada semangat kesukanan dan kerjasama sesama ahli kumpulan. Acara diakhiri dengan sorakan oleh ahli sorak kedua2 kumpulan. Semua ahli kumpulan putih dan merah akan mengucapkan terima kasih antara dua kumpulan kerana telah memberikan persaingan dan menunjukkan semangat kesukanan yang baik. Tiada hadiah diberikan kepada setiap pemenang individu atau berkumpulan. Mungkin tidak semeriah di Malaysia dengan hadiah untuk setiap pemenang kerana di sini tujuannya jelas untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama sesama ahli kumpulan. Hanya dua kumpulan yang menyertai acara2 dan tidak diasingkan kepada banyak kumpulan rumah seperti di Malaysia. Dan makan tengahari bersama keluarga adalah acara yang sangat bertepatan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan antara ibubapa. Acara tamat dalam pukul 3:00 petang.

    Foto yang lain ada di sini

    p/s: teringat masa hari sukan di Alam Shah dengan rumah berhias dan perbarisan

    -nash-
    Vocabulary:
    かみのけ (kaminoke) – hair
    みみ (mimi) – ear
    かた (kata) – shoulder
    むね (mune) – chest
    あたま (atama) – head

    Tagged: ,

    7 thoughts on “hari sukan

    1. HE June 8, 2008 at 11:59 am

      anak yang main…parents yg penat ye…seronok pada tahap ini melihat anak2 mula berjinak dgn sukan…

    2. iMu HaRDaN June 8, 2008 at 12:33 pm

      baca entri ni teringat cerita ‘Abarenbo Mama’. ada sukaneka kat skolah yg melibatkan ibu bapa.lepas tu makan sama-sama..Bagus Jepun bt mcm ni.Klu kat malaysia, takdenye..Yang bersukan anak=anak.Mak ayah tengok je..tu pon kalau datang la..

    3. nashriza June 8, 2008 at 1:26 pm

      he: sini yang bagusnya anai2 digalakkan bersukan walaupun tak pandai sbb tujuan bukan untuk menang sahaja
      umi: betul….kalau kat msia buat mcm ni pun bukan tak boleh…ibubapa boleh ambik bahagian dan yg penting bukannya perlu budget yang banyak…kalah menang tak penting…

    4. lina June 8, 2008 at 2:18 pm

      nampak seronok

    5. nashriza June 8, 2008 at 2:22 pm

      lina: anak2 mmg seronok….kami letih melayan anak2 dan menangkap gambar2 kenangan…

    6. azmi June 9, 2008 at 6:00 pm

      comel nya…huhu~

    7. nashriza June 9, 2008 at 6:46 pm

      azmi: mcm2 acara….anak2 seronok la..but ibubapa keletihan huhu

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: