fp: sports day @ senzokuike elementary school

Hari sukan di Senzokuike Elementary School bermula dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 3:00 petang. Murid2 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan putih dan merah. Alya adalah ahli kumpulan putih. Acara bermula dari pukul 9:00 pagi dengan perbarisan, taisou (senaman) dan ucapan2. Pembahagian kepada dua kumpulan ini sejak dari tadika lagi dan tujuannya adalah lebih untuk memupuk semangat kesukanan dan kerja kumpulan. Semua murid akan menyertai acara untuk murid tahun mereka. Acara2 utama adalah: dua acara untuk setiap tahun (acara larian dan pertunjukan atau acara berkumpulan), acara untuk kawasan tempat tinggal murid2 (mengikut kumpulan laluan jalan kaki ke sekolah): tarik tali, oodama wasshoi (mengalih bola besar) dan acara bersama ibubapa: janken.

Apa yang menarik adalah sebelum acara bermula kumpulan sorak untuk setiap kumpulan akan membuat persembahan untuk menaikkan semangat kumpulan masing2 dan akhirnya membuat sorakan untuk kumpulan lawan. Ini untuk memupuk semangat kesukanan. Ini ada beberapa foto yang sempat diambil.

Acara dihentikan untuk makan tengahari bersama keluarga masing2. Mama membuat onigiri, bihun goreng dan buah2an. Berselera anak2 makan walaupun cuaca agak panas. Secara tidak langsung acara ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan sesama ibubapa.

Pada penghujung acara, pengumuman keputusan dibuat oleh ketua kiraan markah yang terdiri dari murid2 sendiri iaitu kemenangan kepada kumpulan merah dengan 195-175 markah. Selepas itu, acara pemberian hadiah untuk kumpulan yang menang dan naib juara (walaupun hanya ada dua kumpulan sahaja). Ini adalah lebih kepada semangat kesukanan dan kerjasama sesama ahli kumpulan. Acara diakhiri dengan sorakan oleh ahli sorak kedua2 kumpulan. Semua ahli kumpulan putih dan merah akan mengucapkan terima kasih antara dua kumpulan kerana telah memberikan persaingan dan menunjukkan semangat kesukanan yang baik. Tiada hadiah diberikan kepada setiap pemenang individu atau berkumpulan. Mungkin tidak semeriah di Malaysia dengan hadiah untuk setiap pemenang kerana di sini tujuannya jelas untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

wa… best gak tengok sukan kat sini kan…

Azri, kat OOE Shogaku, 1 june lepas sukannya… dan acaranya lebih kurang sama je kan.. lari 45 meter… baling bunjut dlm jaring… dgn golek bola besar tu… tu ju acara yg melibatkab 1 nen

tapi letih betul… apa2 pun anak2 gembira…
Sun 8-Jun-2008 06:05
Posted by:ksha@Kumamoto.jp – [Link]
IP: 116.94.230.82

ksha: walaupun sukan untuk sekolah rendah…kebanyakkan persediaan dan pada hari sukan…dilakukan oleh murid2 sendiri kan..tu yg elok…ibubapa pun kena wat kerja kan…mcm buat rondaan keselamatan, jaga registration counter etc
Sun 8-Jun-2008 11:03
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 125.54.68.201

same je ke acara sukan sekolah rendah seantaro jepun ni?
Pasal aku ngk, same je ngan gambor2 game2 yg aku snap kat sekolah Arisa tempohari. Sun 8-Jun-2008 17:20
Posted by:mimisadina@ToyotaCity mimisadina@yahoo.com – [Link]
IP: 118.5.189.178

mimi: biasala jepun ni…mana boleh lain daripada yg lain…kalau lain sikit kang pandang pelik pulak…esp bila jumpa gaijin…mcm jumpa alient dari planet lain…..hahahaha Sun 8-Jun-2008 23:57
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.43

seronok alya yek!

Macam² sukan diorang buat, tak macam sini sukan yang ada dari zaman kita kecik² dulu sampai sekarang buat lagi mcm bawa bola dalam sudu dsbg. Mon 9-Jun-2008 04:37
Posted by:shafarina shafarina@gmail.com – [Link]
IP: 202.75.4.189

shafarina: sini pun hampir semua sekolah …event nya sama…cuma yg seronoknya..tgk murid2 sekolah rendah ni organize sendiri sukan mereka…kalau kita mungkin dari sekolah menengah… Mon 9-Jun-2008 08:03
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.61

aah la k.mimi…sama ja game depa!tp awalnya undoukai ek?mmg slalu bulan ni or thn ni depa buat awal?ka IQ punya undoukai yg lewat(sept;masa aki nnt)? Mon 9-Jun-2008 11:29
Posted by:Mama IQ ukr75@yahoo.co.jp – [Link]
IP: 124.87.210.76

bagus konsep sukan sekolah kat jepun nih..semua pelajar terlibat 100% dan jugak penglibatan PTA.. Mon 9-Jun-2008 23:49
Posted by:Norrita Lee – [Link]
IP: 219.10.230.209

umie: dah 2 tahun masa di youchien…undokai masa aki but syougakkou tukar ke haru pulak…maybe ada gak yg aki kot..?? kan ada dpt 1 nen no gyouji….sure ada tulis kat situ…
norrita lee: kalau salah sorang tak kerja mcm mak2 kat sini fully housewife ok la…byk boleh join meeting, luncheon etc..but mcm kami ni dua2 belajar lagi..hahaha…so sibuk gak la..n ada gak yg tak dpt join..huhu Tue 10-Jun-2008 00:17
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.43

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: