minyak naik atau naik minyak

Kelmarin tetiba dapat ym mesej dari kawan di Malaysia mengatakan minyak akan naik mulai semalam. Mula2 ingatkan hanya gurauan kerana baru sahaja keluar dalam suratkhabar mangatakan minyak akan naik bermula Ogos. Cepat betul tukar apa yang telah dikatakan (tak ada pendirian ke?). Ini bukan kali pertama kerajaan PAK LAH berdolak dalih seperti menetapkan hari penamaan calon dan pengundian PRU-12, keputusan menghentikan jambatan bengkok ke Singapura dan lain-lain. Siapakah pakar rujuk beliau? Hendak sangat ingin tahu…adakah Professor atau Professional yang betul2 pakar dalam bidangnya. Jika di Jepun ini, apa sahaja langkah kerajaan akan dirujuk pada pakar. Kerap kali Professor di universiti saya ini dipanggil oleh Diet Jepun (Parlimen jika di Malaysia) untuk memberi input dari hasil kajian mereka agar apa yang dirancang selari dengan apa yang diinginkan dan keputusan yang sepatutnya (tahu pun kerana kelas akan dibatalkan jika professor tiada dan selalu diceritakan semasa kelas). Adakah Malaysia juga berbuat demikian? Kita bukannya kekurangan pakar2 dan hampir setiap bidang sains dan sains sosial di universiti2 Malaysia ada Professor2 dan gunakanlah kepakaran mereka2 ini.

Ada beberapa keputusan yang dibuat seperti tiada pendirian dan dalam tergesa2:
1. Melarang kereta2 dari negara jiran mengisi minyak di sempadan Malaysia bermula 1 Jun dan pada hari ini pula larangan itu ditarik balik. Ingatlah harga minyak di negara mereka lagi mahal dan pastinya mereka akan mengambil peluang yang ada seperti sebelum ini. Dan yang pastinya subsidi 30 sen (seperti yang dikatakan dalam suratkhabar hari ini) masih perlu ditanggung oleh kerajaan (yang pastinya bukan Pak2 menteri tetapi rakyat)
2. Cara pemberian rebet minyak mengikut jenis kenderaan dan motor yang pada mulanya akan diselaraskan dengan cukai jalan dan pada hari ini pula akan diberi dalam bentuk kiriman wang pos (tunai). Keputusan ini boleh berubah dalam masa kurang 24 jam.
3. Akan menaikkan harga minyak bermula dari bulan Ogos dan tiba2 pengumuman mengatakan minyak akan naik bermula semalam.

Setiap kali minyak dinaikkan, pak menteri akan membandingkan dengan negara jiran yang sebenarnya tidak boleh dibuat perbandingan langsung kerana kriteria perbandingan adalah berbeza atau salah. Malaysia adalah negara pengeluar walaupun bukan 100% dan Singapura & Thailand adalah negara pengimport 100%. Kalau di dalam makmal sains sudah pastinya keputusannya tidak boleh diambil kira kerana metodologi (atau kaedah) berbeza. Takkan tidak ada pak menteri yang dari lulusan sains atau kalau sains sosial pun sudah semestinya belajar ilmu sains semasa Tingkatan 1 (dulu Sains Paduan).

Jika pada PRU-11 yang lepas, Pak Lah mengatakan mereka adalah YB yang bermaksud Yang Berkhidmat untuk rakyat dan sudah lupakah kata2 itu. Jika betul2 berkhidmat untuk rakyat lakukanlah sesuatu yang boleh memuaskan hati kami ini. Dan mulakanlah dengan perbelanjaan yang berhemah seperti kurangkan elaun2 mereka sendiri, tuntutan perjalanan dsb. Barulah tahu macam mana kesusahan & kesengsaraan rakyat mengharungi kehidupan biasa dan bukan untuk bermewah2. Pastikan golongan berpendapatan rendah dibela bukannya mereka yang membela YB. Ingatlah siapa yang memilih YB semua! Jalankanlah tanggungjawab anda sebelum ditanya oleh Yang Maha Berkuasa…

p/s: nasiblah rakyat Malaysia terutama melayu ada sifat kemelayuannya (cool dan sabar) dan jangan lupa dari melayu jugalah ada perkataan AMOK yang tidak ada pada bangsa lain (kerana bahasa Inggeris pun meminjam perkataan AMOK). Jika di negara lain mungkin dah berlaku huru hara.

-nash-
Vocabulary:
した (shita) – tongue
め (me) – eye
くちひげ (kuchihige) – moustache
くち (kuchi) – mouth
ほほ (hoho) – cheek

Tagged: ,

15 thoughts on “minyak naik atau naik minyak

  1. Abang Long June 6, 2008 at 5:33 am

    Ingatlah, tiada hijab bagi do’a orang yang dizalimi !

    Dan ingatlah AZAB bagi mereka yang ZALIM !

  2. nashriza June 6, 2008 at 8:59 am

    abang long: “mereka2” tu langsung tak fikirkan org2 yang berada di bawah…tak tahu nak luahkan dengan apa perasaan masa ni…berdoa saja lah…

  3. HE June 6, 2008 at 10:52 am

    rasa sedih tapi hidup perlu diteruskan…mereka tidak merasai kerana mereka sangat selesa…

  4. nashriza June 6, 2008 at 11:07 am

    he: iye…hidup perlu diteruskan …tetapi selepas ini “dipaksa” bekerja lebih HANYA untuk menyara dan meneruskan kehidupan dan bukan untuk bermewah2 seperti “mereka2” itu…

  5. nAna June 6, 2008 at 6:39 pm

    dgr cite cam da ade tunjuk perasaan akibat kenaikan harga minyak…huhu

    *takut nak balik negara sendri..camner nie?

  6. nashriza June 6, 2008 at 9:20 pm

    nana: kerja je kat sini kumpul pengalaman dan duit hehehe

  7. lina June 6, 2008 at 9:48 pm

    kita tak amok lagi sebab sentiasa di brain wash supaya kita tak menjejaskan kestabilan negara. pilih BN utk kestabilan negara, pilih UMNO utk ketuanan melayu. eh? ada kena mengena ke? merapu sebab tensen kami bukan pekerja yg dibiaya minyak setiap bulan oleh syarikat. hehehe

  8. nashriza June 6, 2008 at 10:13 pm

    lina: so sekarang kita bekerja untuk hidup dan confirm tak boleh simpan ish ish

  9. mie June 6, 2008 at 10:18 pm

    ohh!!!
    mengapa la semua ni berlaku…..
    apakah sebenr nya malaysia ni…

  10. nashriza June 6, 2008 at 10:41 pm

    mie: satu2nya negara yang seperti hilang hala tuju selepas pertukaran pemimpin…gaji tak berubah…barang2 makin naik…rakyat ‘tersiksa’ tetapi pemimpin riang ria…huhu

  11. ejai June 7, 2008 at 12:49 am

    “Mereka2” tersebut patut diberi latihan tentang delivery. Macam rakyat2 ni sume budak sekolah rendah dibuatnya. “Kita jangka pada Ogos” tapi 2 bulan tup2 naik. Dahlah buat press statement kol 5 ptg announce nak naik kol 12 malam. Apa ini? Takut rakyat tak dapat terima ke? Apa pulak lepas ini?

  12. kamato June 7, 2008 at 3:51 pm

    minyak…minyak……KAU memang menyusahkan rakyat

  13. nashriza June 7, 2008 at 10:03 pm

    ejai: semua “BOLEH” berlaku di msia…tiada mustahil…!!
    kamato: kena cari alternatif atau kurangkan pergantungan kepada minyak…cuma kurang atau takde insentif dan usaha…

  14. asuhara June 10, 2008 at 7:48 pm

    berapa harga minyak seliter kat jpn?

  15. nashriza June 10, 2008 at 8:12 pm

    asuhara: sini kalau unleaded 185 yen/liter dan leaded 170 yen/liter ….tapi kalau ikut cost living kat sini..kira dlm rm1.85 dan rm 1.70 la…sbb air coke setin 120 yen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: