harga petrol dan diesel

Dalam hampir semua surat khabar di Malaysia hari ini menyiarkan berita tentang kenaikan harga petrol dan diesel dan tiada lagi kawalan harga. Kalau kita tengok pada harga minyak mentah dunia, pada 3 Jun 2008 jam 10:10:58 waktu New York, US berharga USD 126 per barel dan pernah suatu ketika melebihi USD 130. Bebanan pada kerajaan juga sudah semestinya bertambah dengan harga kawalan semasa ditampung dengan subsidi kerajaan. Semasa harga beras sedang naik diikuti dengan harga ayam dan lain2, sudah semestinya bebanan rakyat juga bertambah. Bukan tidak boleh menaikkan harga petrol dan diesel, cuma masanya dan caranya yang kurang menyenangkan. Harga beras yang patut diturunkan atau dikawal kerana beras adalah makanan ruji masyarakat Malaysia.

Penyelidikan dan pembangunan dalam menambahkan kuantiti dan kualiti hasil padi juga perlu dititikberatkan agar kita tidak perlu bergantung pada bekalan import. Contohnya di Jepun ini, harga beras di sini tidak berubah atau naik kerana bekalan yang cukup hasil petani tempatan. Pernah suatu masa dahulu, dalam tahun 1994 semasa baru sampai ke sini, harga beras pernah naik kerana pada tahun sebelumnya musim panas tidak berapa panas dan hasil padi tidak menjadi. Kerajaan Jepun telah mengimport beras yang paling berkualiti dari Thai dan hasilnya masyarakat Jepun tidak mahu membeli beras tersebut. Dan pada tahun itu jugalah harga beras siam di sini turun kerana ada lebihan penawaran iaitu 100 yen untuk 10 kg beras siam yang paling berkualiti. Untunglah bagi kami yang makan beras siam. Dan selepas itu berbagai langkah proaktif telah diambil untuk meningkatkan pengeluaran beras dan hasilnya simpanan beras Jepun mencukupi manakala di negara lain sedang meruncing pada masa kini.

Berbalik pada persoalan asal, harga minyak sudah semestinya akan naik selagi pergantungan terhadap minyak sebagai sumber tenaga tidak dikurangkan. Sumber tenaga alternatif perlulah digunakan seperti biodiesel, solar dsb. Selain daripada itu cara yang paling berkesan dan mudah untuk masa ini adalah penggunaan kenderaan hybrid. Contohnya kereta hybrid petrol & elektrik, petrol & solar, dan sebagainya. Pengurangan cukai jalan dan sebagainya adalah salah satu cara untuk menggalakkan rakyat Malaysia beralih ke teknologi dengan cepat kerana telah ada kereta hybrid di pasaran selain dari ianya mesra alam agar anak2 kita dapat merasai kehidupan yang sempurna. Untuk mengharapkan kenderaan biodiesel berada di pasaran mungkin memakan masa kerana negara2 maju pun masih belum mengeluarkan kereta biodiesel untuk kegunaan individu secara “mass production”. Di Sweden misalnya telah ada kenderaan awam yang menggunakan etanol sebagai bahan bakar tetapi bukan kenderaan persendirian. Semasa Tokyo Motor Show yang lepas, Toyota dan beberapa pengeluar kenderaan telah mempamirkan kenderaan hybrid untuk masa terdekat ini kerana teknologi yang telah ada sudah stabil dan terbukti keberkesanannya.


model prototaip Prius semasa Tokyo Motor Show 1997

p/s: terkejut bila melihat Prius di merata2 semasa datang semula ke Jepun pada awal tahun 2006 (sebenarnya telah lama berada di pasaran seawal tahun 1998 dan kurang mendapat sambutan kerana harga yang mahal pada masa itu)

-nash-
Vocabulary:
かお (kao) – face
あごひげ (agohige) – beard
くちびる (kuchibiru) – lip
まつげ (matsuge) – eyelash
みみたぶ (mimitabu) – lobe [ear]

Tagged: ,

8 thoughts on “harga petrol dan diesel

  1. iMu HaRDaN June 4, 2008 at 9:55 pm

    Minyak naik lagi…erm…
    Klu seblum ni isi minyak RM3 stiap kali outing kat U, skang x leh dah. x kemane la dgn RM3 tu.
    Subsidi yg diberi utk penunggang motosikal pon mcm x membantu sgt..
    Minyak oh minyak ~~

  2. arsaili June 4, 2008 at 10:02 pm

    salam..kuchibiru tu senang skit nak ingat..ekekekeke

  3. nashriza June 4, 2008 at 10:05 pm

    umi: tula…naik sertamerta…kejap cakap dari ogos…then tetiba esok…sapa tak bengang…
    arsaili: ada jugak org baca vocab list tu ye…kalau boleh belajar kat situ…alhamdulillah

  4. lina June 4, 2008 at 10:18 pm

    minyak naik 30% esok hari walau sebelum ini jaminan naik bulan ogos. bukan kali pertama kerajaan flip-flop ttg keputusan yg dibuat. apa rakyat nak buat? ubah cara hidup, nasihat PM.
    usah risau barang naik harga? abang burger tepi jalan tu pun dah berura-ura naik harga. hmmm… kalaulah boleh naik basikal ke tempat kerja ye… :D hehehe

  5. nashriza June 4, 2008 at 10:28 pm

    lina: cadangkan je sapa yg guna kereta rasmi kerajaan…bayar duit minyak sendiri..bila tak rasa sendiri baru tahu kesusahan org lain…kesian ye…dah lah beras naik…minyak lagi..lepas ni sure brg2 lain naik…kejap cakap lain..then tetiba cakap lain…frust la ngan keputusan mcm ni..apa..flip flop..ada byk jenis..rs jk d or t flip flop..but clock semua stantard..bukan mcm tu..frequency boleh ubah2…(paham tak apa yg aku merapu tu…kena belajar computer architecture..hehe) abaikan je kalau tak paham…

  6. HE June 5, 2008 at 9:07 am

    potong elaun pak menteri semua….

  7. saharil June 5, 2008 at 9:54 am

    aku rasa, memang patut dibuang subsidi minyak tu – tak saksama dan banyak bocor.. yang untung ribu-ribu adalah mereka yang tertentu saja. majoriti rakyat cuma untung beberapa ringgit saja, bukan guna petrol banyak sangat pun.. tapi, sakit juga nak bayar extra 40% utk commute ke tempat kerja sekarang.. *nangis* :P

  8. nashriza June 5, 2008 at 2:00 pm

    he: sepatutnya kepimpinan melalui tauladan kan..so pak menteri pun kena merasa apa yg rakyat semua rasa la baru adil
    saharil: aku tak yakin depa boleh bagi rebet etc…telus ke…???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: