じゃんけん (janken) : finger-flashing game

Bila terkenangkan masa Alya baru masuk ke Kobato Youchien pada April 2006, teringat lagu pertama yang diajar semasa Entrance Ceremony iaitu Gu Choki Pa (stone scissors and paper). Di sini pun ada o-som (di sini dipanggil Janken) cuma ada 3 symbol sahaja yang boleh digunakan iaitu Gu (batu), Choki (gunting) dan Pa (kertas).Dimulakan dengan “saisyo wa gu, janken pon”. Kemenangan ditentukan dgn
1. Gu kalahkan Choki
2. Choki kalahkan Pa
3. Pa kalahkan Gu

Janken adalah penentu untuk membuat keputusan atau untuk memilih pemenang. Misalnya: semasa memilih sukan apa yang akan diambil untuk kelas Sports semasa peringkat sarjana muda (kisah dahulu kala), untuk memilih lab yang akan dimasuki untuk membuat projek tahun akhir dll. Janken adalah kata putus dan keputusannya adalah muktamad. Nasib baiklah penentuan Pulau Batu Puteh bukan dengan negara Jepun…hahaha.

Berbalik semula ke cerita asal (melalut pulak), pada masa itu Zakwan masih belum ke sekolah dan Zarul masih berumur kurang 1 tahun. Selepas beberapa minggu ke sekolah, Zakwan pun sudah boleh menyanyikan lagu Gu Choki Pa termasuklah Zarul walaupun dengan isyarat tangan. Dan semestinya diajar oleh Alya sensei . Cepat betul anak2 belajar.

Ini ada lagu Gu Choki Pa dari youtube:

p/s: adakah learning curve aku sudah mendatar…aaa…..need some ideas on my research…

-nash-
Vocabulary:
まくら (makura) – pillow
だきまくら (dakimakura) – bolster
シーツ (shiitsu) – bedsheet
かがみ (kagami) – mirror
しんだい (shindai) – bed

Tagged: ,

11 thoughts on “じゃんけん (janken) : finger-flashing game

  1. HE May 30, 2008 at 11:12 am

    ahakss…ayat p/s: tu sungguh bermakna bagi saya juga…kekadang terfikir sebegitu juga… saya diminta untuk melakukan sedikit perubahan pada aproach kajian saya…tapi gaya seperti menukarkan keseluruhan kajian sahaja…

    anak saya juga suka janken ini.. di super market ada toy untuk janken ini dan itu pun dia mahu…alahai…

  2. nashriza May 30, 2008 at 11:34 am

    he: di jepun ni…sensei mmg bertanggungjawab 100% untuk meluluskan atau menggagalkan kita dan kekadang apa yg dimintanya sgt2 susah nak laksanakan…sama2 la kita berdoa…kalau duduk dekat boleh…bagi anak2 kita berkawan..so nihonggo…bm…bi…boleh guna kan…kalau kwn ngan nihonjin…nihonggo je la yg boleh..ish ish

  3. rudy bluehikari May 30, 2008 at 11:37 am

    nash… jom janken kat tele video ym ekekeek aku dulu juara gaijin…

  4. nashriza May 30, 2008 at 11:43 am

    rudy: ok…nanti kita lwan…hehe…ingat tak..kartun sazaesan…kan ada janken masa last…anak2 mesti tunggu tu…baru tukar channel etc…

  5. lina May 30, 2008 at 2:19 pm

    mesti best nak tengok Nash vs Rudy Bluehikari vs HE lawan kejuaraan janken. muahaha

  6. nashriza May 30, 2008 at 3:03 pm

    lina: jgn tak tahu…kat sini masa sport day akan dtg…depa nak buat lwn janken antara parents…huhu

  7. kamato May 31, 2008 at 1:07 am

    kalau batu dgn gunting sapa menang ye

  8. nashriza May 31, 2008 at 10:04 am

    kamato: batu menang sbb gunting tak boleh potong batu…(but bila byk kali guntung batu..gunting jadik tajam atau tumpul, ikut jenis batu)…hahaha..

  9. rudy May 31, 2008 at 9:07 pm

    aaaa,,, ingat ingatt,,,kat sini sazaesan xdak bro…uhukss

  10. asuhara June 1, 2008 at 1:26 pm

    jankenpo hajimete hui!!!
    dulu layan SMAP x SMAP, tu yg tau games tu…
    sampai ke bapak orang pun main games tu ek..
    kita kat sini?

  11. nashriza June 1, 2008 at 9:43 pm

    rudy: anak2 tungu sampai part last tu & lepas tu baru boleh nak tukar channel or pergi toilet…hehe
    asuhara: ada byk version nak mulakan janken…ada saisyo wa gu, jankenpon or jankenhoi etc…ikut tempat ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: