かたつむり (katatsumuri) : snail

Semalam papa dan mama ke Kobato Youchien (Kobato Kindergarten) untuk mengikuti Jugyou sankan (class visit) di Yuri Gumi (Group Lily). Acara bermula dari pukul 9:30 pagi dengan perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Ada nyanyian, senaman sambil menyanyi, mendengar kyou no yakusoku (today’s promise) dari sensei dan berkawad mengikut barisan. Semasa mendengar kyou no yakusoku, sensei mengingatkan murid supaya
1. semasa bercakap, perlu memandang muka orang yang mendengar
2. tidak boleh menyakiti hati kawan seperti menolak, menarik baju dll…perlu memikirkan adakah kawan kita suka bila diperlakukan sedemikian
Setiap minggu atau bulan akan ada beberapa yakusoku (promises) yang perlu diikuti dan dipatuhi. Secara tidak langsung, murid2 dididik agar lebih berdisiplin.

Sebelum masuk ke kelas, murid perlu berkumur2 dan membasuh tangan. Ini sangat berkesan untuk menjaga kesihatan murid2. Selepas itu sensei akan melantik ketua dari murid2 lelaki dan perempuan. Mereka perlu menceritakan semula 2 peraturan yang telah ditetapkan tadi, melihat cuaca dan merekodkan cuaca dan membantu sensei bila perlu. Kemudian murid2 bersama ibu atau bapa membuat katatsumuri (snail) menggunakan straw, kertas, pinggan kertas dll. Ini selalunya dipilih mengikut cuaca atau musim kerana seminggu lagi akan masuk musim hujan di sini dan murid boleh melihat katatsumuri di laman tadika. Pemerhatian pada alam sekitar dan respon pada apa yang berlaku di sekeliling juga diajar secara tidak langsung. Mula2 murid2 diajar cara menggunakan gunting seperti cara memegang gunting, cara memegang kertas yang ingin dipotong supaya jari tidak terluka dll. Selepas siap, murid2 perlu menunjukkan hasil kerja kepada sensei dan bersiap untuk pulang ke rumah. Sementara itu, sensei memberi penerangan kepada ibu bapa tentang pembelajaran anak2 seperti kelakuan dalam kelas, keadaan murid2 semasa makan bento (menghormati makanan, menghargai bento yang dibuat oleh ibu masing2 dll) dll. Sebelum pulang ke rumah, menyanyi beberapa lagu dan bertepuk tangan mengikut rentak. Zakwan sangat seronok hari ini. Jika ada murid yang tidak mendengar kata, sensei akan menegur dengan lembut tetapi tegas.

Minggu depan pula akan diadakan perjumpaan dengan ibu bapa secara individu untuk berbincang mengenai perkembangan anak masing2. Ibu bapa bebas untuk menanyakan apa sahaja dan melihat hasil kerja anak2 kerana biasanya hasil kerja disimpan di tadika dan tiada kerja yang perlu disiapkan di rumah.


katatsumuri yang telah siap

p/s: kalaulah dulu boleh belajar dalam suasana sebegini, tentu tak terasa tekanan dan takut untuk ke sekolah

-nash-
Vocabulary:
しんぶん (shinbun) – newspaper
でんわ (denwa) – telephone
テレビ (terebi) – television
たな (tana) – cupboard
いす (isu) – stool

Tagged: ,

6 thoughts on “かたつむり (katatsumuri) : snail

  1. HE May 29, 2008 at 1:20 pm

    masa sekolah, mereka mengajar pelbagai benda ye… kebanyakannya utk kemahiran hidup kan
    bagus diorang ni

  2. nashriza May 29, 2008 at 1:28 pm

    he: ye….byk benda yg kita fikir tak penting (maklumlah exam oriented)…mereka ajar dari kecil…tetapi bila dan masuk higher level barulah mula exam oriented class…baru la patut kan…bila teringat masa alya di tadika di msia dulu …kesian pulak rasanya dgn homework walaupun baru 3 tahun…menghafal etc

  3. asuhara May 29, 2008 at 5:20 pm

    mcm tu baru best nak pegi sekolah…tak lah sampai depan pintu jek, semua haha mesti tanya ada homework tak pada anak2 ( mcm anego saya ) walaupun baru tadika!

  4. rudy bluehikari May 29, 2008 at 5:57 pm

    ada yg boleh diikuti sistem pendidikan jepun dan ada yg tak boleh diikut. aku kat melaka, sampai esok. puas bergelumang dgn isu pendidikan. mrsm especially.

  5. lina May 29, 2008 at 8:48 pm

    bestlah.. kira belajar mengenal hidup ek… takdelah dari masuk kindie umur 3 thn dah ada test, mesti pandai membaca dan menulis, dsb
    untung anak-anak Nash ada pengalaman berharga belajar di sana.

  6. nashriza May 29, 2008 at 9:54 pm

    asuhara: alya siap cakap belajar kat tadika sini best sbb boleh main2 dan sensei baik2…
    rudy: tukarkan je math n science ke bm balik..biar budak2 boleh betul paham baru la belajar in bi masa for 4-5 ke…yg penting masa sekolah rendah…or dah masuk universiti baru bi ke…barulah level math kita naik…hal yg sama berlaku kat filipin sbb math n science in bi…
    lina: sambil main2…sensei ajar cara mcm mana nak mencari apa yg tak paham etc…so yg penting cara nak belajar dan bukan hafal sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: