meraikan ulang tahun bersama kawan baik

Suhu panas sejak dari pagi menjadikan papa dan mama malas nak pergi ke lab membuat penyelidikan. Kebetulan hari ini adalah Hari ulangtahun penubuhan Tokyo Institute of Technology yang ke 127 tahun dan hari cuti untuk semua kelas (walaupun papa dan mama tiada kelas…huhu). Hari ini juga adalah hari yang penting dalam kalendar kami. Setelah Alya balik dari sekolah, mama menerima panggilan dari Alya, mengatakan sudah menjemput kawan baiknya sejak dari youchien (tadika) lagi iaitu Kaya-chan ke rumah dalam pukul 2:30 petang. Kebetulan mama akan menjemput Zakwan dari youchien dalam pukul 2:00 petang. Selepas itu papa dan mama ke Fujiya membeli kek ais krim perasa strawberry (kebiasaannya beli cheese cake). Kemudian ke gift shop membeli mousse paly-doh set yang telah lama diidamkan oleh Alya. Katanya untuk belajar buat cake dan bila dah mahir boleh tolong mamanya membuat kek. Tahun ini tiada jamuan harijadi yang biasa dibuat kerana keadaan mama yang semakin sarat dan kesibukan mama & papa serta anak2. Minta maaf pada yang telah memberi ucapan, terima kasih ya. Insyaallah jika ada kelapangan dilain waktu, kami akan membuat majlis untuk anak2 kami.


kek ais krim perasa strawberry (100% ais krim)


Zakwan, Zarul, Alya bersama Kaya-chan


meniup lilin


birthday girl

p/s: Harap2 anak2 dapat bersabar menunggu papa dan mama habiskan study di sini

-nash-
Vocabulary:
ゆうびんばこ (yuubinbako) – letter-box
とびら (tobira) – door
もん (mon) – gate
はしら (hashira) – pillar
すいそう (suisou) – aquarium

Tagged: ,

9 thoughts on “meraikan ulang tahun bersama kawan baik

  1. !x0r@ May 27, 2008 at 12:47 am

    kek aiskrim? wow,sedapnya!

    oh,ya happy birthday to Alya~~ :)
    esok (27 Mei) birthday saya pula :D

  2. nashriza May 27, 2008 at 1:39 am

    ixora: insyaallah akan saya sampaikan….dan omedetou (congrates) untuk izora…

  3. HE May 27, 2008 at 11:15 am

    wah, sedapnya kek itu. Saya juga ada ke Fujiya kalau mahu kek. Cepat sungguh masa berlalu. Anak kian membesar. Kita juga kian membesar, ahaks.

  4. nashriza May 27, 2008 at 11:28 am

    he: kita juga kian “membesar”…ganjil bunyinya tetapi itulah kenyataan..huhu…kek untuk father’s day pun dah ada..siap boleh buat nigao (portrait) lagi…

  5. lina May 27, 2008 at 5:56 pm

    nampak best kek tu, makan eskrem tengah musim panas. yum yum (tapi kat Jepun sejuk menggigil pun ada orang beli aiskrim, ek? :D)
    aaa… tak lama lagi Father’s Day

  6. esis May 27, 2008 at 6:16 pm

    eeeeee comelnya budak niiiiii

  7. nashriza May 27, 2008 at 6:38 pm

    lina: lagi sejuk lagi best makan ice cream tau….esp soft cream….so far masa winter lagi byk beli ice cream…takpe..nanti cuba dtg masa winter n makan ice cream…nyum nyum..
    esis: kalau kenal papa n mamanya…tahulah dari mana dtg comel tu..huhu

  8. hazri May 27, 2008 at 11:09 pm

    sedapnye eskrim tuh… anyway, tq sebab sudi bg komen kt blog saya yg tak seberapa tu…

  9. nashriza May 27, 2008 at 11:44 pm

    hazri: menambahkan kenalan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: