idea dan kreativiti

Semalam semasa berjalan2 di Kamata bersama anak2 kami singgah ke kedai Daiso 100 yen. Saya suka ke kedai 100 yen kerana ada banyak barang2 yang berguna dan murah. Tidak dinafikan ada juga barang2 yang tidak berkualiti kerana di import dari negara jiran dan barangan tiruan. Sudah lama saya mencari bekas menyimpan buah pisang yang boleh dibawa bersama bekal makanan ke sekolah. Apa yang menarik adalah bentuknya yang boleh memuatkan buah pisang yang berbagai saiz dan bentuk. Mungkin juga telah diambil kira purata saiz dan bentuk buah pisang?

Hal yang sama telah dilakukan oleh pencipta “washlet” atau tandas yang boleh mengeluarkan air untuk mencuci dengan pelaras kelajuan air, pamanas tempat duduk, penyahbau dan sebagainya. Semasa belajar di peringkat sarjana muda, ada menonton bagaimana pencipta tandas tersebut mengambil sampel dari orang ramai untuk menentukan kedudukan nozel air yang sepatutnya agar dapat membersihkan tempat yang sepatutnya. Pada masa itu, kesedaran tentang kesan pemanasan rumah hijau masih kurang dan kurang mendapat sambutan. Selepas beberapa tahun, mangkuk tandas tersebut mendapat permintaan ramai kerana bersih dan mesra alam.

Di sini ada link mengenai “washlet”.


“washlet”


bekas buah pisang

-nash-
Vocabulary:
あまおおい (amaooi) – awning
こうし (koushi) – grille
バルコニー (barukoni) – balcony
ゆか (yuka) – floor
なんきんじょう (nankinjou) – padlock

Tagged: ,

3 thoughts on “idea dan kreativiti

  1. HE May 25, 2008 at 8:50 pm

    saya pun ada jumpa bekas pisang Hello Kitty di Tokyu…tapi yang itu mahal…tak beli pun…

  2. lina May 25, 2008 at 10:35 pm

    kadang-kadang tak fikir pun macammana sesuatu benda tu direka dan keluar ke pasaran.

    Memang suka sesangat pada toilet Jepun, ikutkan hati nak hangkut bawak balik (dulu kat Jusco ada, tapi utk display aje). Tak berapa sesuai dengan tandas kita yg sentiasa basah ni…

    comel bekas pisang tu.

  3. nashriza May 25, 2008 at 10:44 pm

    he: biasa mmg mahal …but yg saya jumpa di daiso 100 yen shop ni murah la…n made in japan lagi…
    lina: mmg hajat di hati tu nak la bwk balik m’sia nanti..buat toilet khas kat rumah…but ken betul2 keringla takut short pulak nanti..kwn2 dari m’sia yg datang sini semua impress pasal toilet tu…n even kwn2 dari us, uk etc…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: