menonton drama di musim bunga 08

Menonton drama adalah antara perkara ‘WAJIB’ kami untuk anak2 belajar Nihonggo (bahasa Jepun). Dan ini juga adalah “quality time” kami bersama anak2. Kami cuba untuk menyiapkan “research” kami sebelum makan malam dan makan bersama. Pada mula kami ke sini, Alyalah yang minat menonton drama dan selalu bertanyakan makna perkataan2 yang tidak difahami. Tetapi lama-kelamaan makin kurang yang ditanyakan, mungkin sudah boleh memahami jalan cerita dan bahasa yang digunakan.

Teringat semasa pengajian saya di peringkat sarjana muda, tinggal berseorangan dan tvlah yang menjadi teman untuk berborak. Duduk di depan TV dan bercakap dengan TV untuk memahirkan bahasa Jepun. Ini adalah cara saya selain dari berkawan dengan kawan2 sekelas yang semestinya orang Jepun.

Antara drama yang sedang kami ikuti adalah:


Change pada hari Isnin pukul 9:00 malam mengisahkan bagaimana perjalanan hidup seorang yang bekerja sebagai guru ke politik. Perjalanan cerita agak laju bermula dengan kematian bapanya semasa nahas udara. Abang yang diharapkan akan menyambung karier politik bapanya juga turut terkorban dan yang tinggal adalah anaknya yang berkerja sebagai guru di pendalaman. Cerita berkisar berkenaan dunia politik yang serba tidak diduga. Pelakon: Kimura Takuya, Fukatsu Eri dll.


絶対彼氏 (Zettai Kareshi) pada hari Selasa pukul 9:00 malam mengisahkan robot yang direka khas sebagai kekasih yang ideal mengikut kehendak Riiko. Lama-kelamaan robot itu boleh berfikir sendiri dan menyelami perangai dan hati manusia. Cerita menjadi bertambah menarik apabila robot itu menjadi rebutan kawan baik Riiko yang menyangkakan robot itu adalah manusia dan robot juga mempunyai perasaan irihati bila Riiko berkawan rapat dengan ketuanya. Pelakon: Hayamizu Mokomichi, Aibu Saki dll.


パズル (puzzle) pada hari Jumaat pukul 9:00 malam mengisahkan cikgu sekolah menengah dan muridnya menyelesaikan beberapa misteri yang melibatkan pembunuhan. Selalunya mereka menyertai penyelesaian misteri yang menyediakan hadiah lumayan dan berakhir dengan pembunuhan. Setiap minggu misteri yang berlainan dan membuatkan penonton berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Pelakon: Ayukawa Misako dll.


ごくせん (gokusen) pada hari Sabtu pukul 9:00 malam mengisahkan cikgu menyelesaikan permasalahan muridnya yang pada asalnya di luar kawalan pihak sekolah. Cikgunya yang berasal dari keluarga Yakuza menyelesaikan pelbagai masalah muridnya melalui kelembutan dan kekadang kekerasan. Pelakon: Nakama Yukie dll.

Bermula musim ini kami memilih drama yang disiarkan pada pukul 9:00 malam sahaja kerana Alya dan Zakwan perlu ke sekolah pada setiap pagi. Alya perlu ke sekolah pada pukul 8:00 pagi dan Zakwan lewat sedikit.

-nash-
Vocabulary:
ドラマ (dorama) – drama
アニメ (anime) – animation, cartoon
えいが (eiga) – movie
ニュース (nyuusu) – news
スポーツ (supootsu) – sports

Tagged: ,

2 thoughts on “menonton drama di musim bunga 08

  1. lina May 21, 2008 at 9:26 am

    suka Anime Gokusen tapi tak suka drama version, but drama ada eye-candy. Zaini dah donload abis dari youtube. :D
    nak kena tengok Change pulak lagu ni…

  2. nashriza May 21, 2008 at 9:41 am

    lina:….tgk jgn tak tgk..hehe…drama yg lepas2 pun menarik gak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: