tdm sudah keluar, bagaimana dengan pengikut setia???

Ada terbaca dalam berita mutakhir di Berita Harian hari ini mengatakan Tun Dr. Mahathir sudah mengisytiharkan keluar dari umno sebagai tanda protes pada Pak Lah. Politik boleh jadi macam diluar jangkaan, apakah pendapat anda? Apakah muslihat, strategi, ‘hint’ dan seerti dengannya, hanya Tun Dr. Mahathir yang mengetahuinya. Ini adalah keratan berita mutakhir Berita Harian bertarikh 19 Mei 2008:

Dr Mahathir isytihar keluar Umno

TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar parti bersamanya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan ahli yang keluar Umno tidak menyertai parti lawan dan masuk semula Umno apabila Abdullah meletak jawatan.

p/s: bagi saya politik adalah sesuatu yang “dibaca atau didengar boleh percaya jangan”.

-nash-
Vocabulary:
ねこ (neko) – cat
いぬ (inu) – dog
うさぎ (usagi) – rabbit
うま (uma) – horse
にわとり (niwatori) – chicken

Tagged: ,

8 thoughts on “tdm sudah keluar, bagaimana dengan pengikut setia???

  1. HE May 20, 2008 at 11:25 am

    p/s: bagi saya politik adalah sesuatu yang “dibaca atau didengar boleh percaya jangan”.

    Ya, itu lah dia dunianya tetapi isu sebegitu mmg menarik untuk dibaca ibarat membaca majalah hiburan..

  2. nashriza May 20, 2008 at 11:49 am

    he: politik pun seperti biskut chipsmore…melayu semakin berpecah…itu isu utama sebenarnya..

  3. lina May 20, 2008 at 2:27 pm

    macam-macam hal dalam kancah politik Malaysia sekarang… Bukan setakat Umno sahaja…

  4. nashriza May 20, 2008 at 2:29 pm

    lina: kalau nak join politik kena penuh ilmu di dada dan kuat semangat dan azam…btw..kat sini tgh start drama baru kimura takuya berlakon…tajuk change…menarik gak la..pasal politik jepun ni..

  5. lina May 20, 2008 at 9:29 pm

    minat gilos kat kimura takuya. hihihi

  6. nashriza May 20, 2008 at 10:10 pm

    lina: pelakon tua la…but still no. 1 voted as ideal boyfriend dari masa kami kat sini dulu2…> 10 tahun kot…

  7. lina May 20, 2008 at 11:28 pm

    heh heh teringat first drama yg kami tonton – Long Vacation – yg buat jatuh “chenta” pd drama Jepun masa baru-baru kawen dulu. :D

  8. nashriza May 21, 2008 at 12:30 am

    lina: baru letak entri pasal drama yg kami tonton..so tgk la…hehehe kalau nak tgk pun boleh…ada dlm youtube

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: