遠足 (ensoku) : outing

Semalam turut serta aktiviti bersama Zakwan ke Kasai Rinkai Kouen.Berkumpul di Senzoku-ike pada pukul 8:30 pagi dan bertolak 10 minit kemudian tepat pada masanya. Kesemuanya 6 bas disewa untuk anak2, ibubapa dan guru2 (cuma untuk kelas paling bawah; nensyou sahaja anak2 duduk bersama ibubapa). Sebenarnya cuma ada 4 orang bapa sahaja yang turut serta aktiviti ini. Maklumlah bapa2 di Jepun susah nak dapat cuti walaupun untuk aktiviti bersama anak2. Nasib baik juga, ada lagi 2 bapa yang sama kelas dengan Zakwan yang pergi bersama..hehe…ada la kawan untuk berborak. Sampai di Kasai Rinkai Kouen dalam pukul 9:30 minit. Kawasan Kasai Rinkai Kouen ini terletak berdekatan dengan Tokyo Disneyland & Disneysea iaitu kawasan tebusguna di Tokyo Bay. Ada ramai murid2 dari tadika2 dan sekolah2 rendah yang lain datang ke sana. Biasanya acara ensoku ini diadakan pada bulan 5 kerana bulan 6 memang sinonim dengan musim hujan sebelum cuti musim panas pada bulan 7 dan 8.

Berjalan2 melihat ikan2, penguin dan lain2 sambil melayan anak masing2 sehingga pukul 11:20. Kemudian makan tengahari dengan bentou (makanan yang dibawa) masing2 dan aktiviti bebas sehingga pukul 1:20 sebelum bertolak pulang. Zakwan asyik berlari dengan kawan2nya. Apa yang dirisaukan adalah penyakit lelahnya dan alhamdulillah tidak ada apa2 berlaku.

Acara ini diadakan untuk:
1. merapatkan hubungan anak2 dan ibubapa kerana seperti yang kita ketahui masyarakat yang kuat bekerja sehingga kadang2 ada anak2 tak dapat berborak dengan bapa2 mereka kecuali pada hujing minggu. Anak2 tidur awal dan bapa2 pulang lewat; pada keesokan harinya pula anak2 dan bapa sibuk membuat persiapan ke sekolah dan tempat kerja. Di Kobato Kindergarten diadakan acara jugyou sankan khas untuk bapa2 dan bertujuan untuk merapatkan hubungan anak2 dan bapa.
2. merapatkan hubungan sesama ibubapa dan guru2.
3. mengajar anak2 mengikut peraturan yang ada di luar kawasan sekolah seperti cara membuang sampah, etika di tempat awam dan lain2.

Ini ada beberapa gambar yang sempat diambil, ada lagi di NashRiza’s Fotopages


lunch bersama


bermain2 di tepi laut


bersama Yuuya-kun dan Hiroki-kun

p/s cerita untuk aktiviti jugyou sankan akan dimasukkan kemudian oleh riza

-nash-
Vocabulary:
いち (ichi) – one
に (ni) – two
さん (san) – three
よん / し (yon / shi) – four
ご (go) – five

Tagged: , ,

6 thoughts on “遠足 (ensoku) : outing

  1. HE May 17, 2008 at 12:27 pm

    happnya otochan wa…

  2. nashriza May 17, 2008 at 11:21 pm

    he: sekali sekala dpt jln ngan anak…so kena layan la…but panas betul hari tu..sampai kami berdua sun burn …heheh dah la tepi laut

  3. rudy May 18, 2008 at 12:28 am

    ii ne jyugyou sanka! ensoku ni kena dibudayakan dlm skul mesia lah. sbb nilah masanya nak ajar ilmu “kemasyarakatan” kat anak2 esp ajar anak buang smph kat tong smph atau poket seluar sendiri.

  4. nashriza May 18, 2008 at 9:03 am

    rudy: tadika anak saya ini, masa tadika umur 4-5 tahun banyak diajar shitsuke, cara mencari jawapan bila tak tahu (bertanya, mencari buku etc)…dan bila dah tadika umur 6 tahun baru belajar aiueo etc…tiap2 bulan ada mokuhyou misalnya bila bercakap kena tgk mata aite, bila tak suka apa yg kawan buat (sakit, marah etc..) kena bagitau cara yg baik etc…

  5. lina May 18, 2008 at 11:03 pm

    bagusnya… sunburn ka? hehehe takpa kasik tan sikit aaa…

  6. nashriza May 18, 2008 at 11:11 pm

    lina: hahaha….yg tak tahan nyer lepas tu…perit kulit2 sampai pedih bila kena air…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: