遠足と授業参観 (ensoku & jugyousankan)

Hari ini ada 2 aktiviti Alya dan Zakwan yang perlu turut serta. Kami terpaksa pergi berasingan mengikut anak2.
1. 授業参観 (jugyousankan – class visit) di Senzoku-ike Elementary School bersama Alya: Mama yang akan pergi ke kelas untuk melihat perjalanan kelas selama 1 jam setengah. Selepas itu, ada perjumpaan ibubapa dan guru2. Inilah cara untuk mendapat maklumbalas dari ibubapa tentang pembelajaran dan pengajaran guru2. Guru2 juga akan memberitahu perkembangan anak2 kepada ibubapa yang hadir. Jugyousankan ini biasanya diadakan beberapa kali sepanjang tahun persekolahan.
2. 遠足 (ensoku – outing, picnic) di Kasai Rinkai Kouen & Aquarium bersama Zakwan: Aktiviti ini diadakan setiap tahun dan melibatkan semua murid2 tadika, ibubapa dan guru2 tadika. Berkumpul dan pergi dengan bas sewa khas beramai2 ke tempat yang dipilih oleh persatuan ibubapa. Ada sesi bergambar mengikut kelas dan aktiviti bebas. Kemudian makan tengahari beramai2, iaitu bentou (packed lunch) yang dibawa sendiri. Disamping itu juga dapat mengeratkan hubungan sesama ibubapa dan guru2 tadika. Selalunya ibu2 yang mengiringi anak2 mereka kerana bapa2 bekerja tetapi kali ini papa terpaksa mengikut Zakwan kerana mama pernah pergi ke Kasai Rinkai Kouen dan cepat letih jika berjalan jauh.

Gambar2 tentang aktiviti yang dilakukan akan menyusul dalam entri seterusnya. Insyaallah.

-nash-
Vocabulary:
えんそく (ensoku) – outing, picnic
じゅぎょう (jugyou) – class, lecture
さんかん (sankan) – visit
べんとう (bentou) – packed lunch
しゃしん (syashin) – photo

Tagged: ,

2 thoughts on “遠足と授業参観 (ensoku & jugyousankan)

  1. lina May 16, 2008 at 9:52 am

    gambar mana? kalau tiga-tiga anak ada program, mcm mana nak divide tu ye? :D

  2. nashriza May 16, 2008 at 5:27 pm

    lina: gambar …tungguuuu….tula tahun depan bila tiga2 dah sekolah…mmm mcm mana la ….makin2 sibuk la kami berdua ni…but kalau tiga2 ada xtvt lain2…kena pergi separuh2 la (kejap ada kejap takde la..)…haha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: