kursus untuk ber’blog’…

Bagus juga cadangan itu…cuma tekankan pada etika dan teknikal cara membuat blog yang lebih berkesan. Mungkin lepas ini Malaysia boleh ada blog server sendiri oleh anak Malaysia yang lebih effisyen dan boleh mengalahkan blog server yang dikendalikan di luar. Setakat subjek elektif sudah sesuai. Keratan akhbar Utusan Malaysia 14 Mei 2008:

Mahasiswa sokong wujud pengajian blog di IPTA

– mohd. faisal mustaffa
Setiausaha, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Cadangan pihak pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dilihat sebagai suatu langkah positif ke arah melahirkan lebih ramai penulis blog di negara kita. Melalui kursus yang ditawarkan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu pengendali blog yang baru dan berkeinginan untuk berkecimpung di arena blog ini.

Walaupun perkembangan blog di negara kita bergerak dengan pantas, namun begitu ia hanya berlegar di kalangan golongan yang berminat dengan dunia politik sahaja. Tetapi kehangatan dunia blogger ini kurang menyerap masuk ke dalam diri mahasiswa. Kebanyakan daripada mereka masih kurang sedar mengenai kepentingan blog.

Hal demikian kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai ilmu dan kepakaran untuk membina dan mengendalikan blog.

Sebab itu, saya melihat cadangan memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog ini suatu cara untuk mengatasi masalah ini. Perlaksanaannya bukan sekadar dilakukan di UiTM bahkan di seluruh universiti dan dijadikan sebagai subjek elektif untuk semua pelajar.

Melalui pembelajaran ini secara tidak langsung mutu dan etika penulisan di kalangan blogger muda ini dapat diterapkan dengan baik.

Sekiranya ia dijadikan sebagai subjek elektif bagi semua pelajar, sekurang-kurangnya pihak universiti telah membantu mahasiswa celik IT. Hal demikian kerana ramai kalangan mahasiswa di negara masih lagi lemah dari sudut penguasaan IT.

Selain daripada menulis hal-hal yang berkaitan isu semasa, blog juga dilihat sebagai medium yang terbaik bagi golongan mahasiswa berkongsi ilmu-ilmu yang diperoleh mereka di bilik-bilik kuliah untuk disebarkan kepada masyarakat.

Kebanyakan kajian yang dibuat oleh golongan mahasiswa ini boleh dikongsi dengan masyarakat dan bukannya disimpan di dalam muzium peribadi mereka.

Melalui lapangan blog ini, golongan mahasiswa lebih bebas menulis tanpa terikat dengan etika kewartawanan tertentu yang diguna pakai oleh media tradisional.

p/s: meningkatkan kualiti bahan yang hendak disampaikan dan blogger itu sendiri

-nash-
Vocabulary:
あかい (akai) – red
しろい (shiroi) – white
くろい (kuroi) – black
あおい (aoi) – blue
きいろい (kiiroi) – yellow

Tagged: ,

7 thoughts on “kursus untuk ber’blog’…

  1. tunteja May 15, 2008 at 6:07 am

    hehe.. bagusla nk perkenalkan pada mahasiswa
    lagipun tun rasa kan
    menulis blog ni leh jadi ketagih.
    tul tak?

  2. nashriza May 15, 2008 at 8:55 am

    tunteja: bagi saya…blog ni mcm terapi sambil tpt untuk bertukar2 idea…but etika tu penting la…

  3. umebOsHi May 15, 2008 at 12:38 pm

    salam nash..
    bagus juga le, ada subject utk belajar blog kat ipt. then, harap2 org kita bleh gunapakai ilmu yg ada dan buat server sendiri yg macam nash kata tu. :)

  4. nashriza May 15, 2008 at 12:40 pm

    umeboshi: salam..tula…kita tak perlu mengharap teknologi luar…mana yg boleh buat sendiri..elok lah cuba …

  5. lina May 15, 2008 at 10:10 pm

    banyak ilmu lebih luas pandangan lebih banyak idea lebih matang fikiran … memang banyak lebih.

  6. nashriza May 15, 2008 at 10:32 pm

    lina: insyaallah tu yg paling elok…so saling berkongsi ilmu misalnya etc

  7. online February 22, 2010 at 3:26 pm

    perlu menyemak:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: