warga emas ramai atau kanak-kanak ramai

Seperti yang kita semua tahu jangka hayat warganegara Jepun adalah yang paling tinggi di dunia. Oleh itu, bilangan warga emas mereka adalah teramai dan golongan muda adalah kurang terutama kanak-kanak. Semasa sekolah rendah atau menengah dulu kita ada belajar mengenai piramid umur iaitu jika piramid berbentuk tajam di atas, menunjukkan komposisi umur masyarakat yang berkembang dan stabil. Di Jepun pula, bentuk piramidnya dikatakan terbalik iaitu golongan berumur semakin ramai dibandingkan dengan golongan kanak2. Ini sebenarnya tidak berapa elok kerana golongan yang telah berumurlah yang memerlukan perhatian dan jagaan yang lebih. Umur persaraan wajib di Jepun adalah 65 tahun dan ada ramai kenalan (keluarga angkat dll) yang masih bekerja walaupun sudah bermur lebih 70 tahun.
Di sini agak sukar untuk kita menemui orang membawa bayi atau kanak2 di dalam keretapi bawah tanah jika dibandingkan 10 tahun lepas. Di Tokyo, ada banyak sekolah2 yang ditutup kerana kekurangan murid. Kekurangan kanak2 ada beberapa faktor yang perlu kita pelajari untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di Malaysia. Ada beberapa contoh daripada apa yang telah saya lihat sendiri:
1. Ada pasangan suami isteri (kawan saya) yang walaupun sudah kahwin tidak mahu menimang cahayamata atas alasan mahu menikmati hidup berdua. Si isteri pula sangat takut untuk memegang bayi atau budak kecil kerana takut tulang akan patah apabila dipegang (sehinggakan tidak berani duduk berdekatan dengan kanak2). Adakah kerana mereka jarang berjumpa kanak2 sehingga lupa naluri keibuan? Di dalam TV baru2 ini mengatakan golongan pasangan begini semakin bertambah.
2. Semasa di dalam keretapi, ada warga tua yang sangat benci atau marah pada kanak2 yang duduk di sebelah mereka. Sehinggakan menyuruh kanak2 tersebut pergi duduk ke tempat lain. Perkara yang sama berlaku beberapa kali di tempat yang berbeza. Adakah mereka merasakan kanak2 adalah beban kepada mereka?
Kebelakangan ini sering keluar berita warga emas mati keseorangan di rumah. Adakah mereka tidak mempunyai anak? Jikapun mereka mempunyai anak, adakah anak mereka tinggal berasingan di bandar2 besar mencari nafkah?
Kerajaan Jepun memberi galakan kepada pasangan muda untuk menambahkan bilangan anak dengan memberi insentif seperti:
1. Elaun bulanan kepada anak2 iaitu elaun yang lebih tinggi kepada anak yang lebih ramai
2. Subsidi bayaran perubatan
3. Pendidikan percuma sehingga menengah rendah. Jika anak ketiga dan seterusnya, pendidikan percuma sehingga ke universiti awam. Dan lain2.
Masalah kekurangan kanak2 di Jepun ini masih belum selesai dengan segala insentif yang disediakan. Mungkin ada perkara lain yang perlu difikirkan?
Apa yang boleh saya katakan perbezaan generasi antara Malaysia dan Jepun adalah 1 generasi iaitu dalam 20-25 tahun. Ini adalah kerana bilangan anak di dalam sesebuah keluarga di Malaysia sekarang adalah sama dengan bilangan anak di dalam sebuah keluarga 1 generasi terdahulu di Jepun. Adakah perbandingan ini tepat atau mungkin salah kerana saya melihat dari segi statistik bukan dari segi ilmu kemasyarakatan.
Adakah perkara yang sama akan berlaku di Malaysia?
Apakah langkah2 yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di Malaysia?
Ada banyak lagi persoalan yang perlu kita fikirkan dan jawab. Malaysia mungkin beruntung kerana ada negara yang terkedepan dari segi tamadunnya (sosial dan ekonomi) dan mereka telah berdepan dengan seribu satu masalah. Oleh itu, lihatlah cara penyelesaian mereka dan gunakanlah mana yang sesuai dengan cara kita.

-nash-
Vocabulary:
へいきんじゅみょう (heikinjumyou) – average life span
しゃかい (syakai) – society, public, community
せだい (sedai) – generation
もんだい (mondai) - question, problem, issue, matter
かいけつ (kaiketsu) – solve, solution, settle

4 thoughts on “warga emas ramai atau kanak-kanak ramai

  1. arsaili May 13, 2008 at 8:01 pm

    salam..harus kita makan tempura..mungkin tu rahsia umur dia org panjang kot…ahaks

  2. nashriza May 13, 2008 at 9:56 pm

    arsaili: bukan saja tempura…makanan depa byk sayur2an n kira balance meal…tak lah mcm kita makan nasi je..or daging je…

  3. lina May 13, 2008 at 10:50 pm

    itu yg risau bila berjalan dgn budak kecil – ada org (bukan terhad pada org Jepun shj) yg rimas bila ada kanak-kanak. I guess sebab ikatan kekeluargaan (almaklum kalau empunya diri anak tunggal, begitu juga dgn ibu bapa mereka) – tiada pengalaman dgn kanak-kanak.

  4. nashriza May 14, 2008 at 8:44 am

    lina: tula…kekadang kami lagi suka berdiri depan pintu dari duduk sebelah org2 yg “psycho” mcm tu…but maybe keadaan yg buat depa mcm tu…takpe nanti saya buat entry pasal anak tunggal..insyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: