great decisive battle! the super 8 ultra brothers movie

Semalam, selepas mengambil tiket wayang cerita “隠し砦の三悪人 The Last Princess”, terus beli maeuriken (advance reserved ticket) untuk cerita “大決戦!超ウルトラ8兄弟 Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers” yang akan ditayangkan pada 13 Sept. 2008. Zakwan dan Zarul yang beriya sangat nak menonton cerita ini dan kami dapat leaflet mengenai maeuriken ini semasa kami menonton cerita “少林少女 Shaolin Girl”. Dapat tiket murah iaitu 2000 yen untuk anak dan ibu atau bapa (2 tiket) dengan cawan ultraman dan kad ultraman. Dan kami beli 4 tiket dan semua sekali 4000 yen (jimat 1000 yen dari harga tiket biasa tanpa sebarang barangan percuma …hehe). Anak2 kami terutamanya Zakwan dan Zarul memang meminati Ultraman sampaikan pada satu masa boleh mononton DVD Ultraman setiap hari. Cerita lain yang diminati: Go Onger, Rescue Force disamping cerita kartun lain seperti Doraemon, Crayon Shinchan dll. Di sini yang bagusnya pada setiap pagi dari pukul 7:00 pagi hari Sabtu dan Ahad akan ditayangkan cerita untuk kanak2 di TV. Anak2 akan tidur awal pada malam sebelumnya dan bangun awal untuk menonton cerita2 tersebut. Secara tak langsung, hari cuti dan hari biasa anak2 akan bangun awal samada untuk menonton cerita kegemaran atau bersiap untuk ke tadika atau sekolah.


leaflet 8 Ultra Brothers


tiket yang dibeli dan voucher untuk mendapatkan cawan & kad ultraman

p/s: to lina: nak beli tiket ke, kalau nak boleh kami belikan …hehe

-nash-
Vocabulary:
まえうりけん (maeuriken) – advance reserved ticket
ちけっと  (chiketto) – ticket
よやく (yoyaku) – reservation
はやね (hayane) – go to bed early
はやおき (hayaoki) – wake up early

8 thoughts on “great decisive battle! the super 8 ultra brothers movie

  1. lina May 12, 2008 at 12:11 am

    yeyeye, tolong sponsor beli tiket kapal terbang boleh? :D

    lagi satu bagus cerita kat Jepun tu, kat TV ada time (jam) so, boleh bajet time cerita nak habis. :p

    simpan tiket wayang baik-baik aaa. masuk peti besi – lagi 4 bulan lagi tu…

  2. nashriza May 12, 2008 at 8:48 am

    lina: tiket…kami pun nak balik mesia ..nak makan roti canai., satay etc…lagipun insyaallah akan balik bulan 12..sbb kenduri kahwin adik…pasal tiket ultraman tu…beli awal tapi masa tu mamanya tgh sarat kot…hehe…

  3. lina May 12, 2008 at 9:31 am

    so means, balik nnt dah ada baby baru ke? lama ke balik Malaysia?

  4. nashriza May 12, 2008 at 9:47 am

    lina: insyaallah hujung tahun masa xmas..sbb sini mas tu winter holidays for 2 weeks…baby…insyaallah…

  5. yati May 14, 2008 at 10:37 pm

    aku pun pelik apsal anak aku tu pun minat sgt ngan ultraman…yg dia paling suka Tiga…tapi kesian dia nak beli collection Tiga yg Bandai punya tu dah takde skang…Max byk la…Tiga dah lama kot eh…dah sekotak ultraman, berpuluh2 cd pun tak cukup lagi…pening aku ngan husband…
    ni anak ke-3 ke…omedetou to you & your wife…

  6. nashriza May 14, 2008 at 10:44 pm

    yati: “ni anak ke-3 ke…omedetou to you & your wife……..yg mana??? yg dlm perut ke…no 4 la…cuba bukak kat page date to remember or my family….pasal ultraman…kat sini mmg byk la…anak2 aku ni..esp yg boys…mmg hari2 pun tak jemu…ultraman tiga kan masa kita kat sini..so dah > 10 tahun…hahaha

  7. […] sampai 6000 yen!! Bertambahlah aktiviti cuti musim panas untuk anak2 selain menonton wayang cerita great decisive battle! the super 8 ultra brothers movie pada bulan September nanti (walaupun pada masa itu persekolahan sudah bermula!). Kepada peminat […]

  8. ultraman 8 beradik « NashRiza’s September 16, 2008 at 9:04 am

    […] by nash on September 16, 2008 Sudah lama beli “advanced tickets” untuk cerita “Great Decisive Battle! The Super 8 Ultra Brothers” di Cinecitta, Kawasaki. Cerita ini sebenarnya bermula Sabtu lepas iaitu 13 Sept. 2008 dan kami […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: