merancang perjalanan

Tentu kita akan merasa selesa dan seronok jika kita dapat merancang perjalanan ke destinasi. Di Malaysia, papan digital ITS sudah banyak dipasang di lebuhraya seperti yang ada di lebuhraya KESAS, PLUS tetapi seperti tidak digunakan sepenuhnya sistem yang ada. Ada ketika papan digital itu kosong (tiada sebarang informasi) dan ada ketika informasi yang dipaparkan bukan yang terkini. Jika informasi yang diberi tepat dan terkini, pengguna lebuhraya akan berasa berbaloi menggunakan lebuhraya walaupun perlu membayar tol yang lebih tinggi. Lebuhraya di Jepun, dilengkapi dengan papan digital ITS (seperti gambar) dan radio lebuhraya dengan kualiti pemancaran yang baik adalah 2 perkara yang perlu kita pelajari. Dari segi etika pemanduan pula, kereta yang bergerak laju akan bergerak di lorong paling kanan. Apabila ada kereta yang bergerak lebih laju, kereta yang berada di sebelah kanan itu akan memberikan laluan walaupun keretanya lebih besar atau lebih mahal. Ini adalah antara perkara2 yang baik, ada juga perkara yang tidak patut kita tiru misalnya, pengguna jalanraya di Jepun ini tidak akan membenarkan kita memasuki jalan utama terutamanya apabila berlaku kesesakan. Sesiapa yang dari simpang akan susah atau memakan masa untuk masuk ke jalan utama. Berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia dimana pengguna jalanraya saling memberi laluan.


jangkaan masa perjalanan

-nash-
Vocabulary:
こうそくどうろ (kousokudouro) – expressway
しゃせん (syasen) – (traffic) lane
ひょうしき (hyoushiki) – sign, mark
うせつ (usetsu) - turn right
させつ (sasetsu) – turn left

Tagged: ,

3 thoughts on “merancang perjalanan

  1. HE May 8, 2008 at 1:14 am

    wah gambar berjalan ke mana tu? Tapi HE pun rasa melaysia ada dah benda macam ini kan, kita selalunya ada tapi tak utilize kan penggunaan..mcm rugi aje rasanya. Kita budaya penyelenggaraan memang teruk sikit agaknya..

  2. Weng May 9, 2008 at 2:13 pm

    Salam,

    Nash..ye ke kat Malaysia orang saling membeli laluan? Aku tak ingat sangat kat Jepun dulu orang jarang bagi laluan kalau masuk dari simpang…mungkin sebab jarang drive kat Jepun dulu, asyik naik public transport je..yang mana memang paling effisien pernah aku alami. Di UK ni, boleh kata pemandu2 nya amat berhemah..samada di simpang mahupun di lebuhraya..memang diorang akan bagi laluan kepada yang tersepit atau tersempit..

    Public transport di sini..hmm ..so so.. takleh lawan Jepun la kut

    Ja mata

  3. nashriza May 9, 2008 at 2:31 pm

    weng…depa sebenarnya terlalu ikut rules…sampaikan kena org nak masuk lane pun susah..esp dari simpang la…but yg elok nya…cilok2 kurang..so cepat gak la…public transport mmg ok la…cuma kalau nak ada anak2 ni…susah gak la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: