tiket

Satu perkara yang patut ditambah atau dilakukan di Malaysia supaya boleh mengurangkan tenaga buruh asing dalam sektor perkhidmatan (restoran, stesen minyak dll) adalah dengan menggunakan mesin tiket untuk membeli makanan di restoran layan diri. Di Jepun, masalah pernambahan warga emas dan kekurangan golongan muda menyebabkan bertambahnya penggunaan mesin untuk membeli makanan di restoran, bertambahnya restoran layan diri terutamanya restoran makanan segera (seperti memulangkan dulang, pinggan dll) dan bermacam cara untuk mengurangkan tenaga kerja. Ambil contoh penggunaan mesin untuk membeli makanan di restoran:
1. Disediakan contoh makanan yang dibuat daripada plastic (bentuk dan saiz yang sama seperti makanan sebenar) atau gambar makanan yang dijual -> akan menjimatkan masa untuk pembeli memilih makan sebelum memesan makanan
2. Penggunaan mesin yang mengeluarkan tiket makanan yang ingin dipesan -> memudahkan pembeli membuat pesanan dan memudahkan penjual daripada menyediakan tenaga kerja untuk mengambil pesanan dan menerima pembayaran
3. Menyediakan tempat pemulangan bekas makanan -> mengurangan tenaga kerja untuk mengutip bekas makanan dan pembeli akan boleh memastikan tiada barang yang tertinggal kerana meja akan kosong
Ini adalah antara beberapa merit yang boleh difikirkan. Bayangkan di kedai mamak atau restoran yang menggaji pekerja asing untuk menerima pesanan. Selalu kita akan dapat makanan yang dihantar ke meja tak sama dengan apa yang dipesan. Jika ini berlaku, sudah semestinya berlaku ketidakpuasan di kedua2 belah pihak. Malaysia juga akan mengalami apa yang negara Jepun sedang alami iaitu bertambahnya warga emas. Di dalam Tv hari ini ada mengatakan purata jangkahayat penduduk Asia Tenggara adalah 69 tahun dan Jepun adalah > 80 tahun. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.
Banyak perkara baik yang patut ditiru dan perkara yang tak elok yang patut dihindarkan ada di Jepun ini. Mungkin di entri yang akan datang kita bincangkan hal yang lain pula.


Mesin membeli tiket pesanan makanan


Mesin membeli tiket wayang

-nash-
Vocabulary:
じどうはんばいき (jidouhanbaiki) – vending machine
えいが (eiga) – movie
えいがかん (eigakan) – cinema theater
ならぶ (narabu) – queue
えらぶ (erabu) – choose

Tagged: , ,

7 thoughts on “tiket

  1. HE May 6, 2008 at 11:29 pm

    senang dan cepat…di malaysia kena membudayakan jidohanbaiki ni la rasanya…

  2. KNizam May 7, 2008 at 12:17 am

    suka dengan theme ni. cool plak rasanya. hehe :)

  3. lina May 7, 2008 at 1:04 am

    sangat-sangat setuju dengan your point esp part kurangkan pekerja kemas mengemas. I guess kita ni dah ramai membesar dgn mentaliti ada orang gaji. tak boleh buat sendiri… nak buang air pun ada yg tak reti nak flush sendiri kan?

  4. shouganai May 7, 2008 at 9:37 am

    sou sou. jidouhanbaiki…waaa… bikkuri shita… beli tiket wayang dah ada jidouhanbaiki! masa aku kat sana dulu xda lagik… sasuga nihon da be!

  5. nashriza May 7, 2008 at 9:50 am

    he: vending machine mmg patut dibykkan terutama di tempat awam..
    knizam: jom join the club..hehe
    lina: senang je nak solve pasal flush tu…guna je sensor dan jadikkan auto flush mcm kat sini…dan jadik lagi bersih la toilet tu…sbb yg pasti ramai guna kaki untuk flush..kan kan …
    shouganai: sodesuyo..smlm beli tiket tru internet…sampai je..terus ambik tiket kat machine tu…mudah dan cepat…

  6. hanny May 7, 2008 at 6:10 pm

    salam….
    selama nih singgah kat fp tapi hari nih baru tahu ada blog. so tinggal jejaklah. kak fiza, ninshin omedetou….

  7. nashriza May 8, 2008 at 8:44 am

    hanny: aah…alhamdulillah dah masuk 4 bulan…dah habis study ke?? bila nak mai tokyo ngan family???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: