bbq di tamagawa

Acara tahunan selepas Hanami, BBQ di Tamagawa. Seperti biasa dibuat di sebelah Kawasaki kerana di Setagaya-ku, Tokyo tidak boleh membakar di tempat terbuka walaupun bunga api. Walaupun kami datang semasa hujan masih turun, sudah ada banyak khemah dan orang yang datang untuk BBQ. Ini adalah permandangan biasa pada hujung minggu dalam musim bunga sehingga musim gugur. Abang Zakri dan Kak Aini sekeluarga turut serta dengan membawa sate ayam, nasi himpit & kuah kacang dan kuih talam. Terima kasih daun keladi. Sepatutnya acara bermula pukul 10:30 (minta maaf kepada yang datang awal), terpaksa dilewatkan ke pukul 11:30 kerana hujan masih turun. Pada pukul 12:30, mula membakar: ayam, daging, udang, sosej, sate, yakisoba (dimasak khas oleh Apido) selepas hujan reda. Terima kasih kepada yang datang meriahkan acara.


memasak sate


sedap…


bergambar beramai2

-nash-
Vocabulary:
とりにく (toriniku) – chicken meat
ぎゅうにく (gyuuniku) – beef
えび (ebi) – prawn
はじまる (hajimaru) – start
おわる (owaru) – end, finish

Tagged: ,

7 thoughts on “bbq di tamagawa

  1. lina May 4, 2008 at 12:10 pm

    wa, seronok nampak. bestnya makan sate :-)

  2. HE May 4, 2008 at 3:14 pm

    buat HE lapar…

  3. nashriza May 4, 2008 at 5:03 pm

    lina: sedap sate yg kak aini buat tu…mcm sate kajang…jgn tak tahu…
    he: takpe…lain kali kalau kami buat boleh la ajak..sbb ni kohai yg organize…gomenne

  4. ainizakri May 5, 2008 at 9:26 am

    Nash

    Bak..perkenalan dgn Syafiq@Bob. Ala-ala gurubesar..ekek
    Terima kasih jemput kami

  5. ainizakri May 5, 2008 at 9:27 am

    Nash

    Bak..perkenalan dgn Syafiq@Bob. Ala-ala gurubesar..ekek
    Terima kasih jemput kami.Psst..nak cilok gambar

  6. nashriza May 5, 2008 at 9:30 am

    kak aini: dlm fotopages ada byk lagi..kalau nak yg lain..boleh saya guna ym je..bagitau je la…terima kasih byk2 ye…hehe

  7. aries May 5, 2008 at 2:11 pm

    Nash..best dapat event ‘gathering’ camni..make sure abadikan moment tersebut dengan sebaiknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: