minggu emas??

Hari ini walaupun May Day, tiada cuti umum di sini. Sebaliknya bermula Selasa lepas (Syouwa no Hi) sehingga Selasa depan dipanggil Golden Week iaitu pertembungan cuti umu di sini. Memang ada ura2 untuk menjadikan May Day cuti umum sejak saya masih belajar di peringkat sarjana muda (1994-), sebaliknya di tambah Syowa no Hi iaitu hari memperingati Maharaja Syowa. Itulah masyarakat Jepun yang masih menghargai Maharaja mereka. Tetapi ada pula golongan yang tidak lagi menghormati Maharaja seperti nenek moyang mereka yang sanggup membunuh diri semasa perang dunia ke-2 (iaitu kamikaze). Golongan ini tidak mahu lagu Kimigayo (lagi kebangsaan Jepun) dinyanyikan di sekolah2 atau semasa perhimpunan semata2 kerana mengangap Maharaja mereka yang telah menyebabkan rakyat Jepun terlibat secara langsung dalam perang dunia ke-2 dan seterusnya kekalahan yang teruk dengan jatuhnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Gesaan terbaru golongan ini adalah supaya bendera Jepun (hinomaru) diganti dengan yang lain. Tidak mustahil jika ada rakyat Jepun sendiri yang tidak tahu menyanyikan lagu kebangsaan mereka kerana saya pernah menanyakan mereka sendiri. Pada pendapat saya, ini juga mungkin kerana kekayaan telah menyebabkan mereka lebih materialistik dan kurang ambil peduli tentang negara mereka. Semasa hari mengundi pun, peratus undian biasanya < 50% dan sehingga ada yang sampai ke 30% atau kurang. Adakah Malaysia juga akan menjadi seperti ini? Jika hal ini tidak ditangani dengan betul terutamanya apabila pandangan dan gesaan rakyat tidak diambilkira…

-nash-
Vocabulary:
こっか (kokka) – national anthem
こっき (kokki) – national flag
くに (kuni) – country
こくみん (kokumin) – citizen
てんのう (tennou) – emperor

Tagged: ,

6 thoughts on “minggu emas??

  1. hani May 1, 2008 at 12:00 pm

    salam.
    Nash, 「天皇」の正しいつづりは「てんのう」です。 ;-)

  2. nashriza May 1, 2008 at 12:13 pm

    kak hani: tq…misstype…

  3. hairieusoff May 1, 2008 at 12:26 pm

    biasalakan…human error…busy la tu…

  4. nashriza May 1, 2008 at 12:47 pm

    busy…mmm busy jugak la..cuma pening gak bila result tak betul..

  5. Cikliah May 2, 2008 at 12:24 pm

    Ingatkan mereka lebih patriotik.

  6. nashriza May 4, 2008 at 10:02 am

    cikliah: seperti yang saya tulis….bukan semua tidak menghormati maharaja, tapi golongan org tua2 mereka mmg masih kuat menghormati maharaja dan lebih patriotik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: