berjalan hujung minggu

Hari ni tak berjalan jauh kerana Alya yang mencadangkan ke Senzoku-ike (Lake Senzoku). Tujuannya adalah untuk mengayuh cycle boat (Swan boat) dan picnic di tepi tasik. So beli onigiri je la sebab hari pun dah petang. Anak2 dapat main di playground yang ada dan papa & mama mencuba skil baru menangkap gambar guna camera baru. Ramai orang yang datang beriadah dan berehat. Selepas itu, kami ke perpustakaan awam yang terletak betul2 di tepi tasik. Sempatlah registerkan Alya dan pinjam 3 buah buku. Di sana boleh pinjam 12 buah buku selama 2 minggu. Setiap hari dibuka kecuali Khamis kedua setiap bulan (tidak ditutup walaupun cuti umum dan hujung minggu). Anak2 seronok dapat baca buku. Apa yang menarik, walaupun hari Ahad, perpustakaan penuh dengan orang yg datang untuk membaca buku. Sesuatu yang elok untuk mengajar anak2 menghargai buku dan ilmu. Sementara kami berada di Japun ini, eloklah mengajar anak tentang budaya membaca. Di kedai2 buku (tak kira yang baru atau buku terpakai) ada ramai orang terutama pada hujung minggu. Membaca di dalam keretapi sudah berkurangan kerana ramai yang suka membaca online (suratkhabar dll), menonton televisyen dan bermain game dari handphone. Ini sangat berbeza jika dibandingkan semasa kami di sini pada tahun 1994-1998 (papa) dan 1995-1999 (mama). Pada masa itu, bilangan orang yang menggunakan handphone di Malaysia mungkin lebih ramai dari di sini. Mungkin kerana harga handphone dan bil untuk seminit adalah sangat mahal ketika itu. Terlalu banyak perkara yang boleh diceritakan tentang handphone di Jepun ini. Mungkin di entry yang akan datang jika masa mengizinkan.


di jambatan “arch” yang menarik


picnic dengan onigiri (nasi kepal)

-nash-
Vocabulary:
いけ (ike) – lake
かわ (kawa) – river
やま (yama) – mountain
うみ (umi) – sea
しま (shima) – island

Tagged: ,

2 thoughts on “berjalan hujung minggu

  1. lina April 28, 2008 at 2:39 pm

    ada orang ke kedai buku, tapi masalahnya dua di sini: kedai buku yg tak kids friendly dan kids yg tanpa penjagaan org dewasa & tak menghargai buku di kedai buku & tak hormat pelanggan lain.
    That’s why we all hanya lepak kat MPH time weekday. Weekend – mcm pergi pasar!

  2. nashriza April 28, 2008 at 3:58 pm

    yes…sini ada tpt untuk membaca…dan ada yg siap ada cafe dlm kedai buku tu sendiri….so boleh membaca buku sblm beli…n masa nak beli tu…siap tanya balik betul ke nak beli buku tu or nak yg baru dari stor…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: