alya ke sekolah – pakaian

Hari ini sempat menangkap gambar Alya sebelum ke sekolah. Di sini, tidak ada pakaian seragam untuk murid2 yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan kecuali yang bersekolah di sekolah swasta. Murid2 bebas memakai pakaian tanpa ada dress code dan sebagainya. Untuk mengenal murid sekolah rendah, mereka akan memakai beg yang dipanggil “Randoseru” (perkataan yang diambil dari bahasa Belanda) dan warna adalah bebas. Pihak berkuasa tempatan (City Hall) akan memberi setiap murid topi kuning dan alat penggera keselamatan (security alarm) untuk dipakai setiap kali ke sekolah. Ini bergantung kepada kawasan tempat tinggal. Alat penggera keselamatan dipasangkan di beg agar boleh digunakan apabila ada kecemasan atau gangguan dari orang lain. Murid2 diwajibkan berjalan ke sekolah mengikut jalan (route) yang disediakan dan pada waktu yang ditetapkan (misalnya 8:00-8:15 pagi). Ibubapa tidak dibenarkan menghantar anak2 mereka walaupun dengan basikal ke depan sekolah. Diharapkan murid2 dapat bersenam dengan berjalan ke sekolah. Di tempat tertentu akan ada ibu2 atau bapa2 yang akan menjaga keselamatan dan ini dilakukan secara sukarela atau dilantik oleh PTA (PIBG jika di Malaysia). Jika terlambat, ibubapa diwajibkan menghantar anak2 mereka terus ke sekolah.

Selepas waktu persekolahan tamat, murid2 akan balik sendiri ke rumah masing2 mengikut jalan yang sama seperti ke sekolah. Murid2 tidak dibenarkan sama sekali memakai lencana nama di luar kawasan sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan orang lain mengetahui nama mereka untuk tujuan jahat seperti memanggil mereka seolah2 kenal untuk melakukan perkara yang tidak diingini. Anak2 selalunya akan mudah mesra dengan orang lain jika dipanggil dengan nama sendiri.


Pakaian ke sekolah: Topi kuning dan alat penggera keselamatan di tali sandang beg

p/s: Ada banyak perkara yang dilakukan di sini boleh dilakukan di sekolah2 di Malaysia untuk menjaga keselamatan anak2 kita. Cuma setakat mana kita mahu melakukannya.

-nash-
Vocabulary:
せいと (seito) – pupil (elementary school)
がくせい (gakusei) – student (high school)
だいがくせい (daigakusei) – university student
せんせい (sensei) – teacher, lecturer
こうちょうせんせい (kouchousensei) – headmaster, principal

Tagged: ,

2 thoughts on “alya ke sekolah – pakaian

  1. lina April 25, 2008 at 9:47 am

    itulah kebaikan merantau, pengalaman dan observation di negara asing boleh diguna pakai bila balik nnt. Nash boleh initiate perubahan…

  2. nashriza April 25, 2008 at 9:50 am

    lina: insyaallah…byk lagi yg elok kita “tiru” di Malaysia…yang tak elok pun byk but tu simpan kat sini la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: