laughter is the best medicine (1)

Untuk yang tengah tension dengan tugas, assignment, RESEARCH dll

Kisah tok batin

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la……. Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya… lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai…. biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas….. Tok Batin cuba kontrol macho…. lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, “Bas perghi pekan dah syampai…..?” Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu….

“Sekejap lagi sampai ler tu…..”, sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit… maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

“Tok Batin nak gi maner….?”, mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.

” Aaaa….. nak perghi pekan ler…. nak tenghok citer Hindustan..”, jawab Tok selamba…. lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan… konduktor memberi tahu penumpang, “OK dah sampai turun pelan-pelan…..!”

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju… terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas… Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, “Hah. Tok…. apasal pulak tu……..?”

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, “Mana shelipar aku….. tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie……. sapha kebassshh sheliparr aku………!!”

-nash-
Vocabulary:
あめ (ame) – rain
はれ (hare) – clear
くもり (kumori) – cloudy
ゆき (yuki) – snow
かみなり (kaminari) – thunder

Tagged:

2 thoughts on “laughter is the best medicine (1)

  1. iMu HaRDaN April 25, 2008 at 10:44 am

    moral of the story : jagalah selipar anda, walaupun selipar jepun..hehe

  2. nashriza April 25, 2008 at 10:54 am

    imu hardan: betul….nak2 lagi kalau pi masjid ke surau…dah byk kali hilang kasut selepas solat jumaat…tu yg mmg sentiasa ada selipar jepun kat dlm kereta…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: