fp: nasu vacation (day 1)

Bertolak ke Nasu dari Hachioji selepas lunch bersama Watanabe-san. Kami sewa kereta Mazda Premacy untuk 2 hari melalui University Co-op (pakej pelajar 2 hari untuk 14000 yen). Dari Hachioji dlm pukul 2 petang melalui Chuo Highway dan Tohoku Highway. Singgah di Parking Area Hanyu untuk solat dan minum ringan. Jam pun dah pukul 5:00 petang, so terus telefon cottage yg kami book untuk beritahu kami akan sampai dlm pukul 7:00 malam. Senang betul bila dah ada car navigation ni, boleh tahu pukul berapa akan sampai dan apa kedai atau information di kawasan sekitar sepanjang perjalanan. Tidak perlu tergopoh gapah mengejar masa bila semua perjalanan yg akan kita lalui dah diketahui. Jika ada traffic jam di jln yg akan dilalui, akan diberitahu lagi berapa kilometer dan jam tu dlm berapa kilometer etc. Selepas pit stop di PA, kami meneruskan perjalanan ke Nasu untuk lagi lebih kurang 100 km. (Keseluruhan perjalanan dari Tokyo adalah lebih dari 270 km). Kami sampai di cottage kami dlm pukul 6:30 mlm. Perlu mengambil kunci dan peta ke cottage dari pejabat yg diletakkan diluar pejabat kerana hari sudah mlm dan pejabat sudah ditutup pada pukul 5:30 ptg. Semua kunci, peta dll diletakkan sahaja di tepi public phone. Cukup amanah org2 Jepun ni. Mencari cottage di dlm gelap mmg susah dan selepas 2 kali pusing2 baru jumpa. Cottage ada 2 tingkat lengkap dengan semua peralatan dari peti sejuk, washing machine, microwave, washlet toilet dan yg palling best ada onsen di dlm cottage. Air panas dipam dari dlm tanah dan kita boleh menetapkan suhu air yg hendak digunakan di bath tub. Air panas di sini adalah alkali dlm 9 tahap kealkaliannya. Kebanyakkan air panas di Jepun adalah alkali dan dibeberapa tpt ada yg air panas berasid seperti di Kusatsu, Beppu dll. Lepas ni nak merasa mandi air panas berasid pulak…hehehe…means kena pergi Kusatsu la pulak. Mama masak sukiyaki untuk dinner hari ini dan aktiviti utama hari ini adalah berendam dlm air panas semulajadi. Terasa badan licin, bak kata Alya…Alya no karada ga tsurutsuru ni natta. Papa berendam selepas anak2 tidur dan lama jugak untuk merehatkan badan. Lupa nak bagitau suhu di luar dlm 2-5C dan bila dah keluar dari air panas, tak perlu pakai sweater dan tak masuk dlm futon pun sampaila terasa sejuk…hehehe. Saiko deshita.

room yg ada TV tu mengingatkan aku dgn apartmentku (sewa) di Gunma 15 tahun yg lalu..aduhhhh..rindunyaaaa dgn bunga2 sakura yg berteraburan.. Mon 31-Mar-2008 05:45
Posted by:jasmeen – [Link]
IP: 60.51.109.6

jasmeen: dulu study di sini ke?? aaj…moshikashitara senpai kana?? salam perkenalan Mon 31-Mar-2008 06:48
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.43

aiseh, kalo tau awal-awal itu hari, leh gak gi recce tempat. cek nak cari onsen murah tapi yg prebet punye mahal’lah… Tue 1-Apr-2008 12:34
Posted by:lina
IP: 121.120.65.84

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: