fp: tokyo kidzania again

Ni kali kedua Papa, Alya dan Zakwan but kali pertama untuk Mama dan Zarul ke Tokyo Kidzania ni Lalaport, Toyosu. kebetulan check @ website ada kekosongan untuk hari ni. Sabtu lepas selepas Hinamatsuri Oyuugikai, kira sebagai gohoubi (reward) to kids yg sebulan practice mcm2. Cuma harga tiket masuk dah naik sikit. Kami tempah untuk masuk pkl 4:00 ptg sampai 9:00 mlm. Bertolak dari rumah pkl 11:00 pagi dari Ishikawadai-eki ke Gotanda untuk transfer Yamanote Line, then ke Yuurakucho untuk transfer ke Subway Yuurakucho Line ke Toyosu-eki. Sampai ke terus ke Shibaura Institute of Technology untuk berjumpa Kogure-san. Kogure-san ni kira mcm datuk pada anak2 la sbb dah lama tak berjumpa. Byk cerita disembangkan pasal JAD, MJIUT etc. Dlm pukul 2 kami ke Lalaport untuk makan tengahari di Foor Circus. Ada byk international foods seperti pizza, spaggeti, laksa singapore, chinese dishes etc. Kami makan: laksa Singapore, salmon pizza, vegetable sandwich, soft cream, strawberry n chocolate creepe. Makan2 dan rehat2 sampai pkl 2:30 ptg baru ke Kidzania. Sampai2 je dah beratur panjang untuk masuk. Ambik tiket masuk dan pakai rfid tag di Boarding @ Kidzania International Airport. Setiap kanak2 dpt traveller’s cheque sebyk 50 Kidzo. Then Alya, Zakwan n Zarul startla buat kerja. Perkerjaan yg dibuat oleh Alya, Zakwan dan Zarul:
1. Pertama sekali bekerja sebagai researcher aka penyelidik di Yakult R&D. Mula2 dengar penerangan mengenai bacteria yg baik dan tak baik (agak2nyerla…sbb parents tak boleh masuk ke tpt kerja anak2…hehehe). Kemudian guna real microscope tgk bacterias dan menulis laporan. Seorang2 perlu buat perbentangan apa yg dilihat. Dapatlah minum air Yakult sebotol. Barulah dapat 8 Kidzo (matawang di Kidzania).
2. Kemudian pergi ke Klinik Gigi by Lion sebagai doktor gigi dan pembantu. Ada penerangan mengenai penjagaan gigi. Setiap org diberi camera yg boleh dimasukkan ke dlm mulut untuk melihat sendiri gigi masing2. Kemudian Zakwan dan Zarul jadik doktor gigi memeriksa gigi dan membuat acuan gigi yg dibantu oleh Alya. Sabagai gaji seorang dpt 8 Kidzo.
3. Then bekerja sebagai Syokuhin haikatsusya (Food Developer??) di Nichirei membuat pilaf (kira mcm nasi goreng) dgn menggunakan teknik sejuk beku. Mula2 memilih apa bahan yg perlu dimasukkan ke dalam pilaf seperti udang, mix vegi, corn, bawang dan nasi. Kemudian dengan menggunakan Liquid Nitrogen, setiap bahan tadi di sejukkan dan dibekukan. Zarul menangis sbb terkejut dengan bunyi frost yg dihasilkan oleh nitrogen. Dan mungkin dah letih sbb belum tidur lagi hari ni. Then gaji dibayar 5 Kidzo dan pilaf yg telah dimasakkan dgn microwave oven.
4. Alya, Zakwan dan Zarul pergi sendiri ke Mitsui Sumitomo Bank untuk membuka bank account dan mebuat ATM card. Setiap org diberi beg untuk menyimpan duit, ATM card dan Work Card.
5. Next ke French Bakery DONQ, bekerja sebagai pembuat roti croissant. Diajar mcm mana mendapat tepung gandum dari gandum yg dikisar, bagaimana proses membuat roti dgn yeast etc. Setiap org perlu membuat 3 biji roti croissant dan dimasukkan ke dlm oven. Gaji dibayar sebyk 5 Kidzo dan dpt 3 biji roti yg dibuat. Sedap jugak rasanya…hehehe.
6. Kemudian Alya membuat Hanko (registered cop yg digunakan oleh Japanese menggantikan tandatangan). Alya perlu membayar 5 Kidzo (kalau diluar harganya > 2000 yen), dan Alya memilih yg berwarna pink. Alya menulis sendiri nama dan diberi penerangan cara menggunakan Hanko, keselamatan yg perlu diambil tahu dan pentingnya Hanko dlm masyarakat Jepun.
7. Kemudian Zakwan dan Alya SAHAJA bekerja sebagai pump attendant di stesyen minyak Idemitsu. Diajar cara melayan pelanggan dan apa yg perlu dibuat bila kereta dtg seperti mengisi minyak, mengelap cermin dan check tayar kereta. Gaji dibayar sebanyak 8 Kidzo.
8. Jam pun dah pukul 8 malam dan sebagai pekerjaan terakhir, Alya dan Zakwan bekerja sebagai cameraman di Sony Style. Diajar cara menggunakan camera DSLR yg mmg canggih. Sampai ke hari ni Papa masih belum beli….walaupun dah puas buat survey camera mana yg elok, but untuk DSLR …Sony bukanlah pilihan Papa…hehehe. Kemudian Alya dan Zakwan diberi masa 15 mins untuk mengambil gambar di Kidzania. Daripada gambar2 yg diambil, setiap org perlu memilih 1 gambar dan print. Kemudian memberitahu tujuan gambar diambil etc. Gaji dibayar sebanyak 8 Kidzo dan diberi gambar sebagai cenderamata.
Lepas tu terus ke Hinamatsuri Dolls untuk mengambil gambar sbb kebetulan hari ini juga adalah Hari Hinamatsuri. Adik terpaksa dipegang oleh Mama sbb tgh lena tidur. Sempat beli souvenir: Kidzania cookies dan fridge magnet. Kemudian kami ke Bubba Gump restaurant. Tema restaurant ini diambil sempena cerita Forest Gump. Kami makan Fried Shrimp dan Fish & Chips. Sedap jugak makanan disini dan volumenya mmg byk (teringat masa makan di Las Vegas, tiap makanan volumenya terlalu byk). Puas jugak untuk kami menghabiskan. Zakwan tidur sepanjang perjalanan ke rumah. Dan Alya tertidur di dalam train. Mungkin terlalu letih bekerja separuh hari..hehehe.
Alya siap tanya org2 kat Malaysia tak pikir ke nak buat Kidzania di Malaysia??? Dan mmg sesuai kalau nak buat Kidzania di Malaysia….sbb Indonesia pun dah ada Kidzania.

hehehe…bestnye….lain kali kalau g,saya nak join ye..saya join alya and zakwan..kihkihkih..im young at heart…kahkahkah..dalam tu suma cakap nihongo ke boss? saya suka lah budak2 ..kalau ada in english,saya nak baito kat situ… Wed 5-Mar-2008 02:15
Posted by:sameeha sam_grunge@hotmail.com
IP: 124.214.143.247

ada je baito kat situ…heheh…as english teacher ke…etc…cuba la browse kat kidzania punya website…max 12 tahun la…kalau nak join buat kerja…hahaha…parents boleh tgk kat luar je..apa2 decision mmg kids je yg boleh buat…mcm nak bukak buku account ke…nak buat hanko ke…etc
Wed 5-Mar-2008 03:20
Posted by:nash nzainal@hotmail.com – [Link]
IP: 131.112.80.43

bagus yer diorang buat macam tu. at least budak-budak ni tahu macam mana kita kerja nak dapat duit. jugak, boleh tolong built interest diorang kan. Thu 6-Mar-2008 18:27
Posted by:little_princess hasmawati@iiu.edu.my – [Link]
IP: 61.245.103.23

Rudy kirim salam . Sun 9-Mar-2008 07:45
Posted by:ciksal ciksal@yahoo.com
IP: 60.53.234.143

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: