fp: family vacation to seoul (part 2)

Hari ni bangun awal sbb dah janji dgn our “tourist guide” aka Abu untuk keluar ke Seoul City dlm pkl 8:45 pagi. Anak2 pun excited nak jln2. Kami guna Seoul City Tour Bus. 10000 won for adults dan 8000 won for Alya. So boleh turun di mana bus stop dan naik semula untuk ke tpt lain. Kami ke Namsangol Hanok Village (traditional Korean Village) dan sampai dlm pkl 9:15. Masih tak ramai yg ada dan kami sempat bergambar dan bermain permainan traditional yg ada. Rumah tradisi Korea dan suasana perkampungan di sana. Seterusnya kami ke Seoul Tower dlm pkl 11:30. Permandangan bandar Seoul dari atas bukit mmg mengasyikkan walaupun sejuk dgn angin yg agak kuat. Kami tak naik ke atas viewing deck sbb dah kesuntukan masa. Seterusnya kami ke National Folk Museum of Korea. Sampai pun dah pkl 1 tengahari, so makan sikit untuk mengalas perut kerana di sana tak ada restoran yg besar. So kami makan kuih tradisi Korea yg dibuat dari tepung beras mcm mochi di Nihon dan donuts for kids. Then ke tpt pameran untuk anak2 yg interaktif mengajar anak2 mengenai cara membuat paste makanan popular di Korean iaitu Kimchi dan adat2 tradisi Korea. Then ke tpt sejarah Korea dan cara hidup masyarakat mereka. Dlm pkl 2 ptg kami ke Namdaemon Market yg tersgt popular dikalangan pelancong dan penduduk tempatan (hampir semua barangan dijual di sana). Sebelum membeli belah, kami sempat mengisi perut di restoran di sana dan menu lunch kami: bibimbap, sup sayur, kimchi dan udon for kids. Berselera kami makan sbb mmg antara tujuan kami ke sana untuk makan bibimbap dan kimchi yg asli. Walaupun pedas, Zarul suka makan bibimbap sehinggak merah bibir. Then kami ke Namdaemon market untuk mencari brooch dan lain2. Abu pun terpaksa balik awal sbb ada urusan yg perlu dibuat. Terima kasih byk2 kerana syoukaikan kami kedai yg sedap tu walaupun tgh sibuk menyiapkan PhD thesis dan research. Kami jalan2 sambil melihat apa yg nak dibeli, terjumpa 1 kedai sea weed yg boleh bercakap BM. Setelah tawar menawar kami membeli sea weed yg ada perasa. Sedap dan ranggup compare dengan yg ada di Nihon ni (kebanyakkan tak boleh makan di Nihon). Sempat round bandar Seoul melihat Xmas Illuminations yg ada dan turun di City Hall. Sambung lagi perjalanan kami, ke City Hall tgk Xmas Illuminations yg mmg sgt cantik. Dlm pkl 9:30 mlm kami bertolak balik ke hotel dgn subway sbb City Tour Bus sampai pkl 8 sahaja. Agak fuben subway di Seoul sbb jarak antara satu line dgn yg lain berjauhan dan perlu jln jauh untuk transfer dan kedalaman subwaynya yang jauh ke bawah tanah. Sampai ke Itaewon eki kami singgah ke 7 eleven, beli roti untuk breakfast. Singgah di Mc D untuk late dinner sblm ke balik ke hotel. Sampai di bilik, anak2 masih lagi bermain sama sendiri walaupun dah pkl 11 mlm.

http://english.visitseoul.net/visit2007en/activities/citybustour/citybustour.jsp?cid=37

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: