Wasiat Raja-raja Melayu
Tak tahu pun ada wasiat macam ni..patut dipaparkan di bangunan2 kerajaan..
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Wow, akak pun tak tahu ada wasiat ni. Bagaimana susah payahnya mereka cuba pertahankan Tanah Melayu dulu, kita patut sambung perjuangan mereka.
Kak Aina
August 7, 2009
Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, anak-anak melayu sekarang sudah lup bahawa perjuangan yang berlaku adalah untuk mereka. Maaf jika posting ini berbentuk spam, tetapi ia tidak di sengajakan, sahaja untuk mengambil iqtibar supaya anak-anak kita tak menjadi sebegini:
http://www.formspring.me/marisasoraya
Ramli
April 22, 2010
Salam.
Tak tahu plak dorang ada buat wasiat untuk serahkan pemerintahan macam ni. Harap-harap negara ini akan terus menjadi negara melayu.
zezebel
August 1, 2010
berbanggalah Melayu..pertahankan Melayu..Melayu adalah no satu…hidup Melayu..
tehC
December 14, 2010