pagar diri dari sihir dan ilmu hitam

Dapat info ini dari mail, tidak pasti KESAHIHANnya… Mungkin, jika ada yang tidak betul atau salah, sila tinggalkan komen. TQ

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk
memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu
hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.
Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang
terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari
mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun
sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana
dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang
baik.)

Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah
bersabda:Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang
tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang,
nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang
menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang
kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah
mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi
yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang
perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan
solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya
syaitan telah kencing di dalam telinganya”( Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas
dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk
oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya
Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum
tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari).

p/s: ilmu yang baik elok disebarkan…

-nash-

3 thoughts on “pagar diri dari sihir dan ilmu hitam

  1. boyfriend jackets December 18, 2012 at 4:58 am

    Thank you a lot for sharing this with all folks you
    actually recognise what you are talking approximately!
    Bookmarked. Kindly also discuss with my website =).
    We may have a hyperlink alternate agreement between us!

  2. http://google.com February 14, 2013 at 4:20 pm

    “pagar diri dari sihir dan ilmu hitam NashRizas” ended up being a fantastic post.
    If solely there was a whole lot more blogs like this one in the world-wide-web.
    Regardless, many thanks for ur time, Benny

  3. Teri May 14, 2013 at 4:31 am

    It’s an amazing article designed for all the internet visitors; they will take benefit from it I am sure.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: