pemeriksaan gigi

Sudah lama kami tidak pergi membuat pemeriksaan gigi yang biasanya dibuat setiap 3 bulan atau 6 bulan. Zarul telah mendapat kupon pemeriksaan percuma dan sapuan florida percuma dari City Hall. Di Jepun ini, sapuan florida adalah sangat perlu terutama pada kanak2 kerana kandungan air paip disini kurang atau mungkin tidak diletakkan florida serta kurang ubat gigi yang dijual di pasaran mengandungi florida. Kami telah membuat tempahan untuk pemeriksaan kami berlima kecuali Zafri pada pukul 11 pagi hari ini. Anak2 tidak takut untuk membuat pemeriksaan gigi kerana mereka dilayan dengan baik sekali oleh doktor2 dan selalunya ada sahaja yang diberikan sebagai “hadiah” selepas pemeriksaan seperti getah pemadam bermacam2 bentuk, sticker atau seal dan berus gigi. Disediakan ruang untuk anak2 membaca buku dll. Oleh itu mereka tidak bosan menunggu dan takut untuk berjumpa doktor. Selepas pemeriksaan, Alya dan Zakwan perlu membuat rawatan susulan kerana ada gigi yang perlu dirawat. Aya sedang mengalami proses pertukaran gigi susu ke gigi kekal dan mudah untuk rosak kerana kalsium banya diperlukan untuk pembentukan gigi kekal. Manakala Zakwan pula mempunyai gigi yang mudah untuk rosak jika dibandingkan dengan Zarul. Mungkin juga cara memberus gigi dan permakanan. Lebih kurang begitulah apa yang telah diterangkan oleh doktor. Untuk Papa, Mama dan Zarul; pemeriksaan seterusnya adalah pada bulan 7 nanti dan mungkin pemeriksaan terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia. Kemudian kami ke restoran yang biasa kami pergi untuk makan tengahari dan menu hari ini: sushi untuk Zakwan dan Zarul, sashimi untuk Alya dan Papa dan tendon untuk Mama. Ini juga sebenarnya ganjaran kepada Alya kerana berjaya lulus peperiksaan Kanji yang lepas. Dan di rumah pula, kek khas untuk Alya seperti yang dijanjikan sebelum mengambil peperiksaan itu. Mama telah berjanji untuk membelikan kek jika berjaya lulus peperiksaan tersebut. Tahniah sekali lagi dari Papa dan Mama.

p/s: diharapkan anak2 tidak mudah mengalah

-nash-

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: