Daily Archives: January 10, 2009

best friend’s wedding

Kami mendapat jemputan dari kawan baik Mama untuk ke majlis perkahwinannya di Meguro Gajoen. Mama telah kenalnya sejak dari tahun 2 (pra-siswazah) di sini lebih sepuluh tahun dulu. Semasa perkahwinan kami, dia sekeluarga telah datang ke Malaysia memeriahkan perkahwinan kami. Ini adalah kali pertama kami ke majlis perkahwinan orang Jepun di sini. Sebelum ini cuma pernah ke upacara kematian orang Jepun mengikut adat mereka sahaja. Tempat yang dipilih sangat cantik dan mungkin Malaysia juga perlu ada tempat seperti ini. Tempat ini bukan hotel tetapi tempat untuk mengadakan majlis seperti perkahwinan, re-union dan lain2. Hanya kami sekeluarga sahaja yang membawa anak2 (Alya dan Zakwan) selain ahli keluarga pengantin.
Majlis bermula pada pukul 12:30 tengahari, dimulakan dengan upacara perkahwinan di Chapel. Walaupun mereka bukan beragama Kristian, mengadakan upacara perkahwinan adalah hanya sebagai ikutan, dan upacaranya pun sangat ringkas. Semuanya berlangsung selama hanya 30 minit dan selepas itu, bergambar beramai2 bersama kawan2 dan ahli keluarga. Meriah dan santai.
Selepas itu, diadakan 結婚披露宴「けっこんひろうえん」(kekkon hirouen: majlis makan dan berkenalan) di Banquet Hall. Majlis dipenuhi dengan ucapan dari ketua di pejabat kedua2 pengantin, acara memotong kek, ucapan dari kawan2, menyalakan lilin pada setiap meja tetamu dll. Mama memberi ucapan di dalam bahasa Jepun sebagai wakil kawan karib dari belah pengantin perempuan. Suasana dewan sangat senyap tanda semua orang memberi tumpuan walaupun ucapan sebelumnya dengan suasana dewan yang bising dengan suara tetamu. Mungkin kerana kehairanan dengan penampilan Mama yang berkain tudung dan 外人「がいじん」(gaijin: orang asing). Mama, yoku gambarimashita. Makanan untuk kami disediakan khas kerana pihak pengantin sudah mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh kami makan. Makanan yang sangat menyelerakan dan sedap sekali. Semuanya makanan laut yang segar dan enak mengikut cara masakan Jepun. Alya dan Zakwan agak tekejut pada mulanya dengan makanan yang disediakan dan makan dengan berselera terutama “desert”nya. Diakhir majlis, ucapan tahniah dari semua tetamu yang hadir dan bersalam dengan kedua2 pengantin serta ibubapa mereka dan bergambar beramai2. Kedua2 pengantin menyediakan sendiri pertunjukkan multimedia di awal majlis dengan sejarah kehidupan mereka sehingga ke hari perkahwinan dan di akhir majlis pula ditunjukkan cara untuk ke rumah mereka dari eki dan sehingga ke depan pintu rumah mereka dengan kreatif sekali.
Satu pengalaman yang baru dan mungkin tidak akan kami lupakan. Walaupun acara mereka tidak banyak protokol namun kelancaran majlis amat kami kagumi. Alya dan Zakwan sangat seronok disepanjang majlis dan tidaklah merasa “formal” sangat. Kami diberikan berbagai2 cenderahati dan ada yang kami boleh memilih sendiri dari dua buah buku katalog yang disediakan mengikut kehendak masing2. Barangan akan dihantar terus ke rumah selepas menghantar “order form” yang disediakan. Mungkin model perniagaan yang boleh dimulakan di Malaysia.

cimg1401
Ucapan dari kami kepada kedua2 pengantin:

かなえさん、おめでとう。
一修さん、ご両家のみなさま、本当におめでとうございます。
本日は盛大な披露宴にお招きくださいまして有難うございました。
リザフィザさんは大学の頃からの大の親友同志です。
お宅へもお邪魔させていただき、ご家族の方々にも大変良くして頂きました。

末永く、お幸せな家族でありますように祈ります。

ナシャルディン一家より

p/s: acara yang meriah dan santai

-nash-