pemakaian kanta lekap semasa berpuasa
Suhu sudah menurun terutama waktu malam, sekarang di penghujung musim panas. Musim luruh yang dipanggil musim selera kerana banyak jenis makanan yang hanya ada di musim luruh seperti ikan sanma, buah berangan, berbagai cendawan dan beras yang baru dituai pun akan berada di pasaran tidak lama lagi. Cuaca yang tidak berapa sejuk dan panas, ditambah dengan pelbagai buah2an, sayur2an dan sebagainya pada musim luruh akan datang.
Dari Berita Harian:
Soalan: Bagaiman pula bagi orang yg memakai contact lense yg memasukkan cecair ke dalam matanya utk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh
membatalkan puasa?Jawab:
Tidak batal kerana tiga alasan (illat):
1. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg dharuri
2. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga)
3. ia bukanlah jalan yg tabi’iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.(Prof Qardhawi, Fatawa Mu’asirat, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jld 3)
Doa Ramadhan:
Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”
p/s: sudah 1/3 bulan ramadhan…peluang meningkatkan iman masih ada…
-nash-









huwaa.. rindunya suasana kat jepun
yani
September 11, 2008
saya baru beli ichijiku….camana nak makan? amik yang biji2 merah ye? tak de rasa sangat ye?
sam
September 12, 2008