amalan dalam bulan ramadan

Alhamdulillah….Alya dapat berpuasa sehingga hari ini. Senseinya sangat menyokong dan menanyakan jika ada apa2 yang perlu dibantu. Walaupun bukan sensei yang berugama Islam dan tidak tahu langsung mengenai Islam, sangat memahami kehendak kami. Cabaran yang amat besar buat Alya. Dan semalam dapat memenuhi permintaan Alya dengan sushi dan nampak puas anak2 makan sushi “bersungguh-sungguh”.

Dan seperti biasa, artikel dari Berita Harian:

Amalan Dalam Bulan Ramadan
PAGI
1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
2. Zikir
* La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
* Allahu Akbar – Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
* Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
4. SELAWAT: Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
5. SOLAT SUNAT
* Solat sunat Isyraq
* Solat sunat Dhuha
* Solat sunat Tasbih dan
* Membaca al-Quran
* Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)

TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur – Fardhu Zuhur – Sunat Zuhur serta doa
ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari – setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB:
* berbuka puasa – solat Maghrib dan sunat Maghrib
* solat sunat Awwabin
* membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)

ISYAK:
* Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
* Solat sunat Terawih, sunat witir
* membaca al-Quran

TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh
* Solat sunat wuduk
* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aku mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).
* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa – antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)

BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.

Doa Ramadhan:

Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

p/s: cuaca di sini masih panas seperti Malaysia, cuma waktu berbuka dalam pukul 6:06 petang (kira cepatlah sikit dari Malaysia tetapi imsak pada pukul 3:45 pagi)

-nash-

About these ads

Tagged:

3 thoughts on “amalan dalam bulan ramadan

  1. azie9406 September 4, 2008 at 10:00 am

    waahh…alya teror ah..gambatte kudasai alya..

    arigato mak tih….

  2. asuhara September 4, 2008 at 3:56 pm

    wahhh ada chance le alya dapat duit raya lebihhhhh niii…

    hmmm….kami ada janjikan sesuatu yang dah lama diidamkan…

  3. lina September 5, 2008 at 2:18 pm

    alhamdulillah, Alya dapat puasa dan juga dpt sensei yg memahami.
    Puasa penuh ye Alya! :-)

    kami benar2 bersyukur dpt sensei yg memahami dan memberi perangsang pada Alya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: