ultraman festival 2008 @ sunshine city
Sejak dapat tiket masuk percuma ke Ultraman Festival 2008 dari Kobato Youchien, Zakwan selalu menanyakan bila akan ke Sunshine City untuk berjumpa dengan Ultraman. Semalam (sekarang sudah pukul 12:15 tengah malam) baru dapat kami menunaikan janji kami kerana masing2 sibuk dengan urusan penyelidikan di Tokyo Tech. Bertolak dari rumah dalam pukul 10:15 pagi dan sampai ke Ikebukuro-eki dalam pukul 11:15 pagi. Terus ke Saizeriya untuk mengisi perut dahulu dengan spagetti, macaroni gratin dll. Kemudian dalam pukul 12:00 barulah sampai ke Sunshine City dan beratur untuk mengambil tiket tempat duduk untuk menonton pertunjukan “LIVE” Ultraman. Hari ini pun ramai orang yang datang membawa anak masing2. Kami terpaksa datang hari ini untuk mengelakkan kesesakan dan sudah tentu susah untuk mendapatkan tempat duduk untuk menyaksikan pertunjukan Ultraman. Rupa2nya hari biasa pun masih ramai orang yang datang.
Mula2 sesi bergambar dengan Ultraman Agul (ウルトラマン あぐる).

Kemudian baru masuk ke pameran kaiju (monster), kenderaan GUTS dll dan semua Ultra Heroes. Membeli tiket 1000 yen (11 tiket) untuk membuat aktiviti yang ada seperti membuat “wappen” (gambar ultraman mebius dengan getah) dan permainan lain. Sempat menonton persembahan puppet Ultra Robot yang membuatkan Zakwan dan Zarul kusyuk menonton walaupun mengantuk (sampaikan berair mata). Dalam pukul 2:00 petang baru boleh masuk ke tempat pertunjukkan Ultraman yang akan bermula pada pukul 2:15 petang. Sempat ditunjukkan sedutan movie Ultra 8 Brothers yang akan mula ditayangkan pada 13 September nanti. Anak2 teruja menonton kesemua 8 Ultra heroes kesayangan mereka. Mungkin kami kena pergi awal untuk menonton tayangan tersebut kerana keadaan Mama pada waktu itu makin sarat. Pertunjukkan “LIVE” Ultraman memang menarik dengan sound effect sampaikan anak2 bersorak “GAMBARE” dan ada yang menangis bila ada Ultraman yang kalah pada awalnya. Berbeza dengan pertunjukkan “LIVE” Ultraman semasa New Year with Ultraman di Tokyo Dome yang lepas. Pertunjukkan berlangsung selama lebih kurang 30 minit dan anak2 gembira sekali terutamanya Zakwan dan Zarul. Alya siap kata lepas ni tak boleh tengok Ultraman, kena pergi tengok Hello Kitty atau yang lain. Selepas itu, masuk ke tempat menjual souvenir dan apa lagi, rambang la mata anak2 melihat bermacam2 benda yang ada. Beli: soft toys ultraman dan kaiju set untuk Zakwan dan Zarul, underwear Ultraman, bekas bento Ultraman dll. Kemudian beli gambar dengan Ultraman dan balik.
Selepas itu singgah ke pameran Hello Kitty yang diadakan di Sunshine City juga. Dapatlah Alya mencuba permainan mengambil kupon dlm balang angin dan dapat 2 mangkuk kaca Hello Kitty. Keluar sahaja dari Sunshine City, terus ke Jonathan untuk berehat dan minum petang. Zarul sudah lena sejak di Hello Kitty. Menu: pancake untuk Zakwan, spagetti tarako untuk Alya, parfeit untuk Mama dan Syafiq (adik yang baru datang dari Msia untuk bercuti musim panas dari Jerman). Selepas cukup rehat, meneruskan “perjalanan” ke LABI untuk membeli kamera. Syafiq sedang mencari kamera dan akhirnya memilih kamera yang sama dengan Mama iaitu Exilim EX-S10 (yang terkecil dan ternipis di dunia buat masa ini) berwarna biru. Hendak mencari “casing” pun susah sebab tak ada yang betul2 muat (kebanyakkannya besar).
Sampai di rumah dalam pukul 9:00 malam. Letih betul berjalan hari ini dengan berbagai aktiviti.
- family photo
- di luar sunshine city
- di depan pintu masuk
- sebelum masuk
- konon2 sedang terbang
- mama & kids
- kenderaan guts
- mama & alya
- kenderaan sedang mendarat
- mama & kids
- kaijuu
- kaijuu lagi
- kids
- ultra heroes dan kaijuu
- zakwan punya sedang keringkan
- zakwan & zarul with ultra heroes
- “wappen” sedang dikeringkan
- ultraman mebius in process
- sejukkan
- ultra heroes
- sedang main game
p/s: apakah yang dimimpikan anak2 semalam yer??
-nash-

























perghhhh ini kalo anak aku pigi mau tak balik nie…huhuhuhuhu
p/s..ko mimpi jadi ultraseven gak ke?..hehhehe
aries
August 8, 2008
kalo afiq tengok gambar ni mesti ajak gi ni..
yani
August 8, 2008
jeles siul…. ni belum lagi Raimie & Zaini tengok nih. huhuhu
lina
August 8, 2008