pengembala kambing dan serigala

Mungkin ramai pernah mendengar cerita pengembala kambing dan serigala semasa kecil yang selalu diceritakan sebelum tidur (bedtime story). Anak2 kami pun dah tahu lebih kurang ceritanya dan pengajaran dari cerita tersebut. Cerita yang mengisahkan pengembala kambing menipu orang kampung mengenai adanya serigala yang mahu memakan kambing2nya. Apabila orang kampung datang untuk menolong, pengembala kambing hanya mentertawakan orang2 kampung yang telah ditipunya. Selang beberapa hari, serigala benar2 telah datang untuk memakan kambing2nya. Walaupun puas si pengembala kambing memanggil orang2 kampung untuk menolongnya, tiada seorangpun yang sudi datang kerana ada yang marah setelah ditipu dan ada juga yang berfikir mungkin itu adalah helah dan tipu si pengembala. Habislah semua kambing2 si pengembala tersebut dibaham oleh serigala itu. Moral dari cerita ini (pasti semua sudah tahu): bila sekali bercakap bohong, orang akan hilang kepercayaan walaupun apa yang dikatakan kemudiannya adalah benar.

Dan dalam bahagian berita mutakhir suratkhabar Utusan Malaysia semalam:

Kabinet putuskan harga minyak tidak naik lagi tahun ini
11/06/2008 6:45pm

PUTRAJAYA 11 Jun – Jemaah Menteri hari ini memutuskan tidak ada lagi kenaikan harga minyak pada tahun ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini. – Utusan.

Saya pasti kita patut mengambil pengajaran dari cerita si pengembala dan serigala tadi. Bukan sekali rakyat ditipu seperti tarikh PRU-12, kenaikan harga minyak, larangan mengisi minyak untuk warga Singapura dan Thai di sempadan negara dan seribu satu harapan dan cerita yang telah disampaikan. Cuma bersedia sahajalah dengan apa yang bakal berlaku, seperti di Jepun ini, menyediakan bahan2 makanan, minuman dll di dalam beg untuk persiapan jika gempa bumi dan taufan berlaku.

==TERKINI DAN MUTAKHIR==

Dari Berita Harian 12 Mei 2008:

Harga minyak kekal tahun ini
Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.

Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.

Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.

Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong.

“Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.

“Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: “Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini.”

Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun.

“Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen,” katanya.

Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.

“Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula,” katanya.

Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:

“Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting.”

p/s: kecewa dengan keputusan dan tindakan yang melebihkan kepentingan peribadi tanpa menghiraukan masalah dan kehendak rakyat walaupun bergelar wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat (atau sebenarnya dipilih oleh pengundi “hantu”).

-nash-
Vocabulary:
ちゅうりんじょう (chuurinjou) – bicycle parking lot
はた (hata) – flag
コート (kooto) – court
こうてい (koutei) – school ground, field
けいじばん (keijiban) – notice-board

Tagged: ,

6 thoughts on “pengembala kambing dan serigala

  1. Aina June 12, 2008 at 12:24 pm

    Sememangnya “gembala kambing” ini tak boleh dipercayai…putar belit jer.

  2. nashriza June 12, 2008 at 1:06 pm

    aina: putar belit masih ok lagi….siap kumpul duit sampai jadi jutawan pulak tu….obvious sgt…

  3. lina June 12, 2008 at 2:04 pm

    ya-ya, sekarang ni hanya baca dan malas nak percaya sebarang pengumuman dari kerajaan. hidup masih perlu diteruskan…

  4. nashriza June 12, 2008 at 2:10 pm

    lina: be optimis je la…and prepare for anything that would happen..(nada org putus harapan)…huhu

  5. asuhara June 12, 2008 at 2:24 pm

    sedangkan golongan artis kat mesia ni pun dah sedar yang penonton/peminat mereka sekarang dah bijak2, tak boleh ditipu dengan cerita dan gosip murahan…entah bila la pulak golongan pemimpin nak sedar…mungkin saat2 kambing2 gembala dah habis kena baham kot!

  6. nashriza June 12, 2008 at 2:28 pm

    asuhara: itulah manusia2 yang telah disesatkan dengan kemewahan duniawi….lupa pada tanggungjawab hakiki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: